Sasar jimat 3 peratus lagi guna elektrik bangunan MPSP – YDP

SEBERANG JAYA – Kegunaan elektrik di bangunan Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi tahun 2014 diharap dapat berkurangan tiga peratus lagi berbanding tahun lepas,

Sungguhpun bangunan tersebut telahpun menerima pensijilan Energy Management System (EnMS) ISO 5001:2011 “Kita adalah PBT (pihak berkuasa tempatan) pertama menyahut cabaran mengurangkan kegunaan tenaga untuk bangunan kita, dengan kerjasama SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia).

“Untuk kegunaan tahun 2014, kita sasar pengurangan kegunaan tenaga tiga, iaitu 1,941,531.63 kWh,” jelas Yang di-Pertua MPSP, Datuk Maimunah Mohd. Sharif selepas Majlis Mesyuarat Penuh MPSP Ke-480 (09/2014) di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Tiga Ahli Majlis MPSP, Tan Cheong Eng, Rezal Huzairi Md. Zaki, Ahmad Kaswan Kassim serta Setiausaha Majlisnya, Sr. Rozali Mohamud turut hadir pada sidang media tersebut.

Menurut Maimunah, bacaan kilowatt perjam (kWh) adalah lebih tepat memandangkan tarif elektrik seringkali berubah-ubah Tambah beliau, jumlah penggunaan elektrik bagi tahun 2012 adalah berjumlah 2,070,990 kWh dan berkurangan sebanyak 3.35 peratus menjadi 2,001,579 kWh.

Ujarnya, penggunaan tenaga kereta (SEU) yang dikenal pasti pada bangunan utama MPSP adalah berpunca oleh operasi pendingin hawa.

“Ketara, 49.73 peratus tenaga digunakan untuk penghawa dingin. Yang tidak ketara untuk kegunaan pencahayaan iaitu sebanyak 21.87 peratus, komputer (10.18 peratus) dan 8.89 peratus untuk kegunaan peralatan pejabat seperti mesin fotostat, mesin pencetak, mesin pengimbas, plotter dan lain-lain,” jelasnya.

Inisiatif MPSP ini sekaligus menyerlahkan komitmen PBT tersebut dalam mempopularkan amalan hijau di Pulau Pinang.