Sektor perindustrian Pulau Pinang masih berdaya saing, menguntungkan rakyat terbanyak

SEKTOR industri dan perkilangan di Pulau Pinang sebenarnya masih berkembang sihat serta tentunya menguntungkan rakyat terbanyak, sungguhpun ekonomi negara secara umum kian mencabar pada tahun 2018. RM9.91 bilion pelaburan terkumpul ke Pulau Pinang dalam tempoh bulan Januari hingga September tahun lalu (Q3 2017) merupakan di kedudukan kedua paling tinggi di belakang Sarawak yang berjumlah RM10.52 bilion.

Memetik laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), RM8.03 bilion pelaburan asing langsung (FDI) ke Pulau Pinang merupakan di kedudukan tertinggi, lebih tinggi berbanding FDI ke Sarawak.

Menurut Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Negeri Pulau Pinang, DATUK OOI ENG HOCK, perkara perkembangan terbaru itu tentulah akan menyumbang pada perkembangan industri-industri sokongan sedia ada di Pulau Pinang.

“Syarikat multinasional yang datang melabur di Pulau Pinang bukan semua mereka hasilkan, akan ada komponen tertentu dihasilkan oleh kilang-kilang sedia ada serta memerlukan perkhidmatan utiliti dan sebagainya daripada industri sokongan yang sedia ada di Pulau Pinang.

“Maka, ada kesan berantai ataupun pengganda ekonomi lain pada kilang-kilang tempatan yang sedia ada, apabila pelabur tempatan atau asing datang melabur di Pulau Pinang,” jelasnya dalam satu wawancara eksklusif bersamasama wartawan akhbar Buletin Mutiara (BM), ZAINULFAQAR YAACOB di Kompleks FMM Pulau Pinang dekat Seberang Jaya baru-baru ini.

Negeri Industri

Secara pensejarahan, kata Eng Hock, reka bentuk ekonomi Pulau Pinang sejak era 1970-an lagi, memang untuk dijadikan sebagai negeri perindustrian.

Sebab itu, tambahnya, diwujudkan Zon Perindustrian Perai, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas dan kini, Zon Perindustian Batu Kawan.

“Pelabur datang ke Pulau Pinang kerana negeri ini ada rantaian bekalan mencukupi, tenaga mahir berkualiti dan Kerajaan Negeri hari ini sendiri sebenarnya dilihat begitu mesra pelabur dan rakyat.

“Kalau betullah ekonomi di Pulau Pinang pun tidak berkembang sihat, seperti didakwa oleh beberapa pihak tertentu, takkanlah begitu ramai warganegara dari luar Pulau Pinang serta buruh asing berhijrah untuk bekerja di negeri ini,” jelasnya.

Lanjutan itu, Eng Hock mempertikai kenyataan pihak tertentu kononnya 15,000 pekerja bakal berdepan risiko dibuang kerja.

Baginya ekonomi tanah air, khususnya Pulau Pinang masih berkembang sihat.

“Saya lihat ekonomi Pulau Pinang masih berkembang sihat dan di peringkat nasional, saya rasa ada keraguan meluas bahawa terdapat 15,000 pekerja berdepan risiko dibuang kerja.

“Senada dengan Datuk Seri Mustapha Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industi), ada pasti sumber angka yang begitu besar pekerja akan dibuang kerja.

“Seperti di Pulau Pinang, tenaga buruh yang ramai masih diperlukan segera kerana negeri ini memang direka bentuk sebagai negeri perindustrian dan perusahaan “Kerana itu, rakyat di luar Pulau Pinang pun ramai berhijrah dan bekerja dalam sektor perkilangan dan perindustian di negeri ini.

“Apabila dikatakan ada 450,000 penganggur iaitu 4 peratus daripada jumlah buruh di negara ini, memang saya ada begitu keraguan meluas.

“Seperti Pulau Pinang, memang terus memerlukan pekerja, termasuk buruh asing.

“Mungkin angka 450,000 penganggur ini adalah mereka yang pernah mendaftar untuk mencari pekerjaan sesuai, tetapi tidak membatalkan permohonan walaupun sudah bekerja, maka angka sebegitu tinggi ada,” ujarnya.

Cabaran

Walaupun industri Pulau Pinang masih berdaya saing, namun Eng Hock memberitahu, terdapat pelbagai cabaran lain seperti yang acap kali diperkatakan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, kita memang mengharapkan kerajaan memahami keperluan sebenar industri.

“Memang kita mesti menempuhi Revolusi Perindustrian 4.0, automasi, tetapi apabila kenaan levi atas buruh asing ditingkatkan, sekaligus akan membebankan majikan serta penggerak industri sendiri.

“Seperti beberapa tahun lalu, beberapa sektor perindustrian seperti sektor pembuatan menghadapi cabaran besar, kerana ia bukan automasi 100 peratus dan masih bergantung pada tenaga buruh.

“Dua tahun lalu, FMM memang ada berbincang dengan kerajaan apabila ada cadangan untuk menaikkan levi (buruh asing) daripada RM1,500 (setahun) kepada RM2,500 kerana ada begitu banyak beban berantai yang lain.

“Siapa yang akan paling teruk menderita, tentulah pemodal industri dan selepas itu barulah buruh…akhirnya kedua-dua belah pihak bersetuju levi adalah RM1,850.

“Kita tahu bahawa kenaan levi ini memang untuk memastikan industri negara kembali diisi oleh warganegara dan bukan buruh asing, tetapi perlu dilihat daripada aspek sejarah perindustrian negara jua.

“Dengan gaji yang tidak tinggi, kalau tidak melibatkan buruh asing dalam sektor-sektor tertentu, siapa (warganegara) yang ingin bekerja.

“Empat tahun lalu gaji pokok pekerja kilang adalah RM600 sebulan, tapi hari ini RM1,000 pun, masih ramai warganegara tidak merebut peluang pekerjaan ini,” katanya.

Harapan

Berdasarkan Malaysian Productivity Corporation (MPC), Eng Hock menyatakan bahawa 3.4 peratus pertumbuhan pada tahun 2016, tetapi pada tahun 2017 (meningkat) 4.2 peratus.

“Jadi ini adalah angka peningkatan dan tidak diragui lagi.

“Sebagai rakan kongsi dan pelabur di negeri ini, saya sendiri berkata bahawa kita juga tahu peri penting rakyat mesti ada pendapatan yang setimpal.

“Sebab itulah buruh sendiri harus mengubah sikap mereka untuk meningkatkan produktiviti diperlukan dunia.

“Sistem pendidikan bukan sahaja mengajar pelajar untuk masuk universiti, tapi juga menjadi tenaga buruh mahir, seperti sekolah vokasional Jerman buat.

“Harapan saya satu sahaja, Pulau Pinang terus menjadi destinasi pelaburan utama negara, pasti menguntungkan pengilang dan tenaga buruh,” ujarnya.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives