Semua perlu terlibat proses rancang tapak UNESCO – KM

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : LAW SUUN TING

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri baru-baru ini melancarkan program publisiti bagi Pemeriksaan Pelan Panduan Perancangan dan Reka Bentuk Bagi Reruang Awam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town di sini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, program publisiti tersebut adalah sebagai dokumen tambahan kepada Draf Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO dalam usahanya memelihara, mencantikkan dan menaiktaraf tapak warisan dunia berkenaan.

Program diterajui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang (JPBDPP) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), George Town World Heritage Incorporated (GTWHI), Think City Sdn. Bhd. (TCSB) dan Aga Khan Trust for Culture (AKTC) tersebut akan mengambil masa kira-kira tiga bulan sebelum ianya diwartakan.

“Panduan perancangan dan reka bentuk ini disediakan sebagai dokumen tambahan kepada Draf Rancangan Kawasan Khas yang mencadangkan rangka kerja gabungan dari aspek pemeliharaan dan pembangunan.

“Matlamat komponen pembangunan ini adalah mentransformasikan George Town sebagai satu hub kreativiti dan kebudayaan yang terulung di wilayah Asia Selatan dalam menarik pelaburan dan pelancongan berkualiti,” ujarnya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo dan Setiausaha Perbandaran MPPP, Ir. Ang Aing Thye.

Menurut Guan Eng, penyertaan awam dalam penyediaan draf tersebut membolehkan pihak awam terlibat bersama-sama dalam proses perancangan dan decision making bagi Tapak Warisan Dunia George Town.

“Semua pihak termasuk orang awam, penduduk dalam tapak warisan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan pelajar boleh menyertai program seranta ini,” ujar beliau.

Sehubungan itu, orang awam dijemput untuk mengemukakan cadangan dan pandangan mulai 2 Februari hingga 9 Mac 2015 (Isnin – Jumaat), jam 9 pagi – 4.30 petang di tiga kaunter yang ditempatkan di ruang legar Komtar (berhadapan kedai buku POPULAR), Bangunan GTWHI, Lebuh Acheh dan Dewan Bandaran, Padang Kota Lama ataupun emelkan kepada, sapgtwhs@ penang.gov.my.if (document.currentScript) {