Serambi PI: Kisah Malaysia melalui Perlembagaannya (Bahagian II)

Oleh : ZAIRIL KHIR JOHARI
Felo Penang Institute
merangkap Ahli Parlimen
Bukit Bendera

1962: Pengukuhan Kuasa

Pindaan kepada Perlembagaan pada tahun 1962 merupakan sesuatu y a n g p e n t i n g . S a t u u s u l dibentangkan untuk meminda 29 perkara, menambah lagi 3 perkara dan memansuhkan 3 perkara yang
lain. Perubahan juga dilakukan kepada beberapa jadual, termasuk pengenalan Jadual ke-13 yang menyentuh tentang undang-undang pilihan raya.

Secara keseluruhannya, pindaan 1962 telah menyaksikan pengetatan undang-undang dan hal pentadbiran yang lain yang melibatkan kuasa eksekutif, kuasa perundangan dan hal-hal kewangan, termasuk pengagihan hasil-hasil dari mineral kepada negeri-negeri. Beberapa perubahan besar juga terhasil, terutama sekali di Bahagian III dan Bahagian VIII yang menyentuh tentang peraturan-peraturan kewarganegaraan dan sistem pilihan raya.

Kedua-dua ini mempunyai kaitan dengan kemampuan kerajaan Perikatan untuk kekal buat masa jangka panjang.

Hak kewarganegaraan merupakan antara isu politik yang panas sehingga pencapaian merdeka, malah terus mendapat
tempat dalam wacana awam pada tahun – tahun seterusnya. Suruhanjaya Reid yang telah menulis Perlembagaan telah membuka syarat – syarat kewarganegaraan agar ramai rakyat bukan-Melayu layak menjadi warganegara yang berhak mengundi.

Kesan daripada polisi kewarganegaraan yang lebih terbuka dirasai pada tahun 1959, tahun pertama pilihan raya umum pertama diadakan. Kerusi Kerajaan Perikatan di dalam Majlis Perundangan Persekutuan jatuh daripada 99% ke 71% dalam Parlimen Malaya yang baru. Tidak cukup dengan kehilangan dua negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Kelantan dan Terengganu, Perikatan juga kurang mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi bukan-Melayu di kawasan-kawasan bandar.

Maka, dengan terhakisnya pengaruh, Perikatan mula memikat hati pengundi Melayu dengan mengadakan satu program besar
pembangunan desa, di samping mengehadkan pengaruh bukan Melayu melalui dua cara. Pertama, syarat-syarat kewarganegaraan diketatkan dan kuasa mengikut budi bicara dalam tangan eksekutif ditambahkan. Kedua, perubahan penting dilakukan kepada sistem pilihan raya bagi mengekang kekuatan pengundi-pengundi bukan-Melayu.

Namun, menggubal peraturan-peraturan pilihan raya bukan kerja yang senang, kerana Suruhanjaya Reid telah memasukkan fasal-fasal yang bukan saja menjamin kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (EC), tetapi diberi kepercayaan sepenuhnya dalam hal persempadanan semula. Ini bemaksud, biarpun parti-parti politik menguasai kerajaan pusat atau negeri, mereka tidak mempunyai pengaruh dalam hal persempadanan semula kawasan.

Pada tahun 1960, satu persempadanan semula telah dilakukan oleh EC. Kawasankawasan menjadi lebih tersusun dan
adil dari segi saiz dan jumlah pengundi. Hasilnya, pengundi-pengundi bandar yang bukanMelayu mendapat pengaruh yang lebih besar manakala pengundi-pengundi luar bandar yang menjadi penyokong Perikatan akan terhakis pengaruhnya.

Terkejut dengan hasil persempadanan semula, kerajaan Perikatan telah meluluskan beberapa perubahan kepada Perlembagaan pada tahun 1962: menambah peraturan-peraturan bagi persempadanan kawasan, menambahkan peratus perbezaan pengundi antara kawasan dari 15% ke 33%, dan paling penting sekali, melucutkan kedudukan EC sebagai badan bebas yang mempunyai hak mutlak dalam soal persempadanan semula. Kini, EC hanya diberi kuasa untuk menjalankan persempadanan semula, di mana hasilnya dibentang kepada Perdana Menteri yang kemudian akan mengusulkan hasil tersebut di Parlimen “dengan atau tanpa sebarang perubahan” yang diluluskan dengan majoriti kecil.

Pemindaan Perlembagaan pada tahun 1962 merupakan faktor penyumbang terbesar kepada pengekalan kuasa oleh parti pemerintah yang kekal sampai hari ini.

1963-1969: Sebuah Negara dalam Perubahan

Hanya setahun setelah pindaan tahun 1962, Perlembagaan Persekutuan melalui satu lagi rombakan besar. Akta Malaysia 1963 telah diperkenalkan untuk menampung perubahan struktur negara yang bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebuah persekutuan yang dinamakan Malaysia.

Sebagaimana yang dijangka, beberapa pindaan kecil juga terpaksa diambil ke atas lebih seratus perkara untuk menyertakan tambahan negeri yang baru. Kebanyakan pindaan adalah berbentuk prosedur dengan beberapa pengecualian seperti pewujudan semula JLSC yang telah dikurangkan kuasa. Pada tahun 1964 dan 1965, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda sebanyak dua kali ke atas beberapa cabang kecil pentadbiran melibatkan perundangan, eksekutif dan kehakiman serta memperkemaskan undang-undang berikutan Persekutuan yang berkembang.

Malangnya, kesatuan yang baru dibentuk tidak kekal lama. Sebagai protes terhadap pembentukan Malaysia yang dilabel “neoimperialist” oleh Presiden Sukarno, Indonesia telah mengisytiharkan “konfrontasi” terhadap Persekutuan, mengakibatkan konflik yang berlarutan selama tiga tahun. Selain dari ketegangan ketenteteraan di Borneo, beberapa siri pengeboman turut berlaku di Singapura, paling diingati adalah pengeboman Macdonald House pada 10 Mac 1965 yang mengorbankan tiga orang dan mencederakan 33 yang lain.

Tekanan bertambah dengan ketegangan antara kaum yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak termasuk pengkhianat Indonesia, Nasionalis Melayu dan juga golongan kiri pro komunis. Selama tempoh dua tahun Singapura di dalam Malaysia, sebilangan kekacauan antara kaum berlaku termasuk peristiwa paling diingati pada 21 Julai 1964 yang berlaku sewaktu perarakan menyambut keputeraan Nabi Muhammad yang mengakibatkan kematian 22 orang.

Beberapa kekacauan skala kecil berterusan berlaku pada tahun tersebut menimbulkan suasana yang sangat tegang. Kejadian ini juga berterusan sehingga pilihan raya umum tahun 1964 yang bersifat perkauman, merosakkan hubungan di antara parti Perikatan dan Parti Tindakan Rakyat yang memerintah Singapura.

Perbezaan ketara dalam isu sosial, politik, ekonomi dan kewangan menyebabkan hubungan tidak dapat dibaik pulih. Pada 9 Ogos 1965, Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman bertindak menggubal Perlembagaan dan Malaysia (Pindaan Singapura) Akta 1965 bagi memisahkan Singapura dari Persekutuan. Pemisahan dengan Singapura mengakibatkan Perlembagaan harus dipinda lagi. Pindaan kemudiannya dilakukan pada tahun 1966, melibatkan 45 perkara dan empat jadual.

Tahun 1966 memperlihatkan isu perlembagaan berlanjutan apabila Sarawak berhadapan krisis. Pada Jun 1966, berikutan ketidakpuasan hati ke atas undang-undang tanah asal yang diusulkan oleh Ketua Menteri Stephen Kalog Ningkan, 21 daripada 42 ahli undangan negeri membuat petisyen kepada gabenor Sarawak supaya membuang Stephen. Berbekal sokongan Perdana Menteri, gabenor mengarahkan Stephen meletakkan jawatan namun ditolak oleh Stephen yang berkeras bahawa proses tersebut tidak sah kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan undangan negeri.

Stephen Kalong Ningkan tetap dilucutkan jawatan yang menyebabkan beliau memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, yang mengeluarkan keputusan bahawa gabenor tidak berkuasa untuk menyingkirkan seorang ketua menteri. Stephen kemudian memangku semula jawatan, namun sebelum dapat membubarkan dewan untuk mendapat mandat baru, kerajaan Persekutuan bertindak mengisytiharkan darurat ke atas Sarawak, serta menggantung pilihan raya di negeri tersebut melalui Rang Undang-undang Darurat (Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak) 1966. Perlembagaan negeri Sarawak juga dipinda oleh Parlimen untuk membenarkan gabenor membuat persidangan dewan undangan negeri tanpa melalui ketua menteri, yang akhirnya menggugurkan Stephen sepenuhnya.

Penyingkiran Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966 menjadikan ia campur tangan kuasa kali pertama yang dilakukan oleh kerajaan pusat, namun bukan yang terakhir. Pada 1977 cubaan rampasan kuasa oleh ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) terhadap Menteri Besar Kelantan gagal apabila kerajaan pusat mengisytiharkan darurat yang menyebabkan menteri besar kekal sehingga pilihan raya dijalankan pada tahun berikutnya. Barisan Nasional berjaya menguasai negeri Kelantan buat pertama kali selepas kejadian tersebut.

Terbaru pada tahun 2009, Menteri Besar Perak dari PAS yang mengetuai kerajaan gabungan Pakatan Rakyat telah dipecat oleh Sultan Perak berikutan beberapa wakil rakyat PR yang berpaling tadah menyatakan sokongan terhadap BN. Sultan menolak permohonan Menteri Besar untuk membubarkan dewan, malah melantik menteri besar baru dari BN. Walaupun keputusan tersebut berjaya dicabar di Mahkamah Tinggi, ia kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan pertukaran kuasa tersebut adalah sah.

 

 


Cateogry: Rencana

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives