Sudut Kreatif @Tech Dome pupuk bidang STEM dalam masyarakat

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

Gambar : J. PATMAVATHY

GEORGE TOWN – Inisiatif penubuhan Sudut Kreatif @Tech Dome bakal meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap peri pentingnya menguasai bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Ketika berucap, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy berharap inisiatif bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP), Tech Dome Penang (TDP), The Whytehouse Education Group dan Kiwanis itu, suatu hari nanti akan menjadikan Pulau Pinang lebih dikenali sebagai pusat kecemerlangan sains dan teknologi.

“Pembukaan sudut baru ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam kalangan masyarakat, khususnya kanak-kanak.

“Diharap ia mampu meningkatkan kesedaran generasi muda,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai pada Majlis Perasmian Sudut Kreatif @Tech Dome di sini barubaru ini.

Menyempurnakan majlis berkaitan ialah Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus, Datin Seri Ir. Hamidah Mat Daud (Pengerusi PUSPANITA Pulau Pinang), Dr. Khong Yoon Loong (Ketua Pegawai Eksekutif Penang Tech Centre Berhad), Jery Yeoh Hooi Seng (Pengasas kumpulan The Whytehouse Education) dan Sharimah Salleh (Pengarah PPAPP).

Dalam pada itu, Ramasamy turut menzahirkan penghargaan atas komitmen Abdul Rahman dalam menyokong usaha penerapan STEM di negeri ini.

Difahamkan, Sudut Kreatif @Tech Dome menyediakan kemudahan pembelajaran lebih interaktif dan kreatif pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak dengan memberi peluang kepada pengunjung meneroka ilmu serta berimaginasi dengan koleksi dan pengisian yang disediakan.


Kategori: Bahasa Malaysia, Semasa

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives