Sukan di P. Pinang mampu satukan semua – Exco

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

BATU FERINGGHI – Exco Belia & Sukan, Pembagunan Wanita dan Komuniti, Chong Eng mempelawa orang ramai menyertai acara larian Rock To Rock Run bagi membantu mengumpul dana untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Yok Eng, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan (SPS).

Difahamkan, dana sebanyak RM50,000 diperlukan sekolah berkenaan bagi memperbaiki struktur bumbung di dewan bola keranjang yang berkemungkinan berfungsi sebagai dewan serbaguna juga.

“Saya percaya, dengan sumbangan derma melalui yuran pendaftaran RM70 ini, ianya bukan sahaja boleh menjadi contoh kepada anak-anak dan pewaris kita, malah dapat membuktikan bahawa sukan di Pulau Pinang mampu menyatukan semua dalam mencapai sesuatu objektif,” ujarnya pada sidang media pengumuman penganjuran acara Rock To Rock Run di sini baru-baru ini.

Acara larian yang berlangsung sejak lima tahun berturut-turut tersebut menyasarkan 2,500 penyertaan pada tahun ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2014.

Setiap penyertaan bakal menerima baju-t, pelekat kereta serta sijil penyertaan.

Terdapat dua kategori larian yang dipertandingkan iaitu Fun Run (3.8kilometer) dan Competetive Run (10.2 kilometer) merangkumi lokasi pelancongan menarik sekitar pantai Pulau Pinang.

Larian akan berlangsung pada 26 Oktober ini bermula di Hotel Hard Rock dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Keterangan lanjut boleh diperoleh dari laman sesawang, http: deltaevents.com.my/event/ info/index/Rock_to_Rock_ Run_2014 atau hubungi talian 011 – 144 32 122.