Sukan futsal, platform keharmonian & satu padu kaum – Exco

BAGAN JERMAL – Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng percaya bahawa penganjuran kejohanan futsal mampu menjadi platform terbaik dalam memupuk keharmonian serta semangat kesukanan, khususnya dalam kalangan belia.

Justeru, beliau turut memuji Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) kerana berjaya menganjurkan kejohanan futsal buat kali kelima tersebut dekat Mak Mandin, Seberang Perai Tengah (SPT).

“Selain dapat menanam semangat kesukanan dalam kalangan peserta, kejohanan futsal seperti ini juga sangat penting kerana ia menjadi platform terbaik dalam memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan,” ucapnya pada penganjuran Karnival Futsal FMM Kelima di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng; Pengerusi FMM Pulau Pinang, Datuk Dr. Ooi Eng Hock dan Pengerusi Penganjur, William Tan.

Difahamkan, sebanyak 70 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan berkaitan yang terdiri daripada agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kumpulan awam.

“Saya turut berasa bangga melihat enam penyertaan daripada 70 pasukan yang bertanding kali ini adalah wanita, secara tidak langsung menunjukkan bahawa sukan futsal ini bukan sahaja khusus kepada golongan lelaki.

“Lagipun, acara seperti ini juga baik dalam mengeratkan hubungan antara pemain-pemain industri dengan para pegawai di sektor kerajaan,” ujarnya yang mahu melihat lebih banyak kejohanan seperti ini diadakan di negeri ini.

 


Leave a Reply



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives