SUKMA XVIII Sarawak, P. Pinang sasar 30 emas

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : AMANDA KHONG XIA LING

GEORGE TOWN – “Jika ingin mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam sukan, jangan cuba menipu diri anda sendiri”.

Itulah intipati amanat yang disampaikan Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon kepada kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Pulau Pinang yang bakal bertandang ke Bumi Kenyalang (Sarawak) pada 23 Julai hingga 31 Julai depan.

“Penipuan yang saya maksudkan di sini adalah berkenaan latihan, persediaan ala kadar, lemah minda, tidak dapat memberikan komitmen dan fokus terbaik seperti diminta oleh jurulatih itu samalah seperti menipu diri sendiri,” ujarnya pada Majlis Countdown 96 Hari Ke SUKMA XVIII Sarawak 2016, 16 April lalu di sini.

Hadir sama, Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Ghazali Derahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng.

Menurut Mohd. Rashid, jurulatih dan para atlet seharusnya mampu bekerja dalam satu pasukan demi menghasilkan kejayaan yang gemilang kepada negeri Pulau Pinang.

“Bukan sahaja jurulatih dan atlet, Kerajaan Negeri juga harus berganding bahu menyokong inisiatif berpasukan yang ditonjolkan ke arah kejayaan jitu,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut, Chong Eng mengingatkan supaya para atlet memberikan lebih 100 peratus dalam perjuangan memartabatkan sukan di peringkat kebangsaan.

“Memenangi emas bukanlah segalagalanya dalam sukan, apa yang lebih penting (adalah) atlet-atlet ini belajar serta meraih pengalaman sebagai persediaan untuk melangkah lebih jauh dan mungkin mampu mewakili negara kelak.

“Dalam memburu kejayaan, mereka (atlet) perlu menolong diri sendiri. Contohnya,

Kerajaan Negeri hanya berupaya menyediakan kemudahan sukan, tetapi tidak boleh memaksa mereka (atlet) untuk menggunakan kemudahan tersebut sekiranya (mereka) tiada keinginan untuk berbuat demikian,” jelasnya.

Sehingga April 2016, jumlah kontinjen Pulau Pinang adalah seramai 450 termasuk atlet, jurulatih dan pegawai.

Kontinjen Pulau Pinang menyasarkan 30 pingat emas pada temasya SUKMA XVIII Sarawak 2016.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);