Taja seragam, gunting rambut percuma inisiatif ADUN ringan beban ibu bapa

PERSEDIAAN AWAL... Sebagai persediaan awal menghadapi sesi persekolahan tahun 2018, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim mengambil inisiatif menaja pakaian seragam dan alat tulis kepada 250 pelajar terpilih di kawasannya.

Selain itu, enam pereka rambut turut didatangkan khas dari Hair Master Studio bagi membolehkan mereka mendapatkan khidmat gunting rambut percuma.

“Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, namun saya harap ia sedikitsebanyak dapat meringankan bebanan perbelanjaan ibu bapa terutamanya pada aspek persediaan uniform baru,” katanya ketika ditemui pada Program Sumbangan Persekolahan dekat Pusat Aktiviti Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Pinang baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Syerleena Abdul Rashid.

Difahamkan, penajaan pakaian seragam sekolah dan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma berkaitan merupakan program tahunan KADUN Sungai Pinang.