Tajaan tonton Adiwiraku, sokongan kepada industri filem tempatan

Teks & Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

TAJAAN KHAS… Seramai 109 umum hadir menyaksikan tayangan filem Adiwiraku hasil tajaan khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin di Sunway Carnival Mall baru-baru ini.

Afif ketika ditemui berkata, program seumpama itu sentiasa dianjurkan oleh pejabat pusat khidmat beliau dengan kerjasama Golden Screen Cinema Sunway Carnival (GSC) dan tayangan filem Adiwiraku merupakan filem ketiga yang ditajanya.

“Filem-filem yang dipilih mempunyai mesej yang sangat baik untuk disampaikan kepada masyarakat dan adalah diharap nilai-nilai tersebut dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian kita.

“Di samping itu, inisiatif ini juga adalah salah satu usaha untuk menyokong industri filem tempatan,” jelasnya yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan.

Turut hadir, Pengarah Filem Adiwiraku, Eric Chong serta dua pelakon utama, Wan Azlyn dan Farra Safwan.

Filem terbitan Sol Pictures Sdn. Bhd. berkenaan merupakan adaptasi daripada kisah benar tentang perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah.

Ia mengisahkan kehidupan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinang Tunggal, Sungai Petani yang berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun mengetahui peluang untuk menang adalah terlalu tipis.


Cateogry: ADUN

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives