Taman Kejiranan Persiaran Sungai Emas bakal berwajah baharu

Admin

TANJUNG BUNGA – Sempena pelancaran My Taman, My Tanjung Bungah baru-baru ini, Taman Kej i r a n an Persiaran Sungai Emas dipilih sebagai projek perintis dalam usaha menaik taraf lokasi-lokasi berkaitan termasuk taman poket sekitar di sini.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, dalam memaksimumkan penggunaan taman kejiranan dan taman poket, ianya perlu dinaik taraf terlebih dahulu agar bersesuaian dengan aktiviti luar masyarakat.

“Di sini (Taman Kejiranan Persiaran Sungai Emas), kita ambil keputusan untuk menaik taraf kemudahan seperti trek larian yang lebih bersesuaian, peralatan gim luaran, penambahan bangku, pemasangan lampu L.E.D, sudut seni dan pembinaan paltform untuk aktiviti senaman zumba.

“Bagi kawasan tembok di belakang dan tiang-tiang terbiar di sini pula akan diwujudkan sudut seni dengan kerjasama Sekolah Antarabangsa Uplands serta Kolej Han Chiang,” jelasnya ketika mengadakan lawatan baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Syerleena Abdul Rashid dan Chris Lee Chun Kit.

Syerleena pada sidang media tersebut memberitahu, usaha menaik taraf sebegitu adalah sangat penting dalam memupuk semangat milikan masyarakat terhadap kemudahan yang disediakan.

Difahamkan, tiga lagi taman, iaitu Taman Kejiranan Sungai Emas, Taman Rekreasi Loh Poh Heng dan Tanah Lapang Hillside juga bakal dinaik taraf.