Tanam pokok bakau pulihara ekosistem marin

Teks & Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

PERAI – Sepanjang tebing Sungai Perai wajar dipulihara dengan penanaman semula anak pokok bakau, demi memelihara ekosistem marin di sini pada masa depan. Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penanaman Semula 530 Anak Pokok Bakau di Perkarangan Tingkat Perusahaan 4A Perai, baru-baru ini.

“Ini kerana, hutan persisiran muara sungai mempunyai habitat kepada kehidupan laut serta landskap semulajadi yang berpotensi menjadi tarikan pelancong,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai pada majlis berkaitan.

Justeru, beliau yang juga Exco Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi & Inovasi memuji kerjasama antara Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam menjayakan projek penanaman semula anak pokok bakau itu.

Sebelum itu, Ahli Majlis MPSP, M. Satees dalam ucapannya memberitahu bahawa projek kehijauan tersebut menelan belanja kira-kira RM6,630.

Hadir sama, Ketua Jabatan Landskap MPSP, Shaqhrony Md. Yusoff serta dua Ahli Majlis MPSP, P. David Marshel dan Tan Cheong Heng. Difahamkan, dua spesies anak bakau yang ditanam di sini, adalah bakau minyak dan bakau api-api.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);