Terima 5 pensijilan, MPSP tersenarai dalam MBOR

Admin

SEBERANG JAYA – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mendapat pengesahan disenarai dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) pada 13 April lepas, sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama yang menerima lima Pensijilan Sistem Pengurusan berteraskan kualiti.

Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, pensijilan berkaitan adalah Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS), Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS), Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS), Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS) dan Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S (QEMS).

“Selain dari penyenaraian di dalam Malaysia Book of Records, MPSP juga telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan bandaraya Seoul di Korea mengenai dasar alam sekitar dan pertukaran teknologi pada 9 April lepas,” jelasnya pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri di Kompleks Ibu Pejabat MPSP di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin, Datuk Rosli Jaafar (Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC), Wong Hon Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri), Dr. Norlela Ariffin (ADUN Penanti), Dato’ Mansor Othman (Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang) dan Omar Hassan (Ahli Majlis MPSP) serta Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud antara pemimpin Kerajaan Negeri yang hadir pada sidang media tersebut.

Hadir sama, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, iaitu ADUN Kajang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Menurut Maimunah, perjanjian bersejarah dengan Seoul itu bakal menyaksikan bahawa kedua-dua bandar berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam hal ehwal pengurusan sisa, serta polisi sisa menjadi tenaga yang diperbaharui.

Maimunah memberitahu bahawa beliau pada 8 hingga 12 April lepas dipilih mewakili Asia Tenggara dengan menghadiri Kerajaan Tempatan untuk Kelestarian (ICLEI) Kongres Dunia 2015 di Korea dengan memeterai suatu perjanjian persefahaman MoU berwajib dengan Datuk Bandar Seoul di sana.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);