TKB XXORA FC juara Piala Demokrasi 2016

Gambar : LENNIE KHOR

PULAU TIKUS – Pasukan TKB XXORA FC muncul juara selepas menewaskan Kampung Dodol Tour FC pada Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Piala Demokrasi 2016 di sini baru-baru ini.

Selaku juara, pasukan tersebut membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 beserta piala kejohanan, medal dan jersi khas tajaan Kayron International Pte. Limited.

Manakala pasukan Kampung Dodol Tour FC, menerima wang tunai RM2,000 beserta piala dan medal.

Tempat ketiga dimenangi pasukan IRC FC dengan hadiah wang tunai bernilai RM1,500, piala dan medal.

Mohamad Basir Mahamad Napae pula diumumkan sebagai ‘Penjaring Gol Terbanyak’ kejohanan.

Kejohanan yang memasuki tahun kedua tersebut merupakan anjuran Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Pantai Molek.

Menurut Zairil, selain bertujuan memupuk semangat perpaduan dan persahabatan melalui sukan bola sepak, kejohanan kali ini turut memberi maknanya yang tersendiri.

“Kali kini, kita (penganjur) memperkenalkan tema “Kad Merah Menentang Perkauman” atau “Red Card to Racism” dalam usaha menyuburkan semangat muhibah sekaligus menyemai semangat cintakan negara…dan ia ditonjolkan melalui bola sepak,” ucapnya pada perasmian penutup kejohanan di Padang Polo, dekat sini barubaru ini.

Sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan yang turut mendapat tajaan syarikat pengeluar produk plastik di Pulau Pinang, Emico Berhad.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Chris Lee Chun Kit.

} else {