TP1M, Exco harap KPKT dapat pertimbang dan lulus baki permohonan Pulau Pinang

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

DATUK KERAMAT – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan usaha mempertimbangkan permohonan penyelenggaraan yang layak menerusi Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Peratus Pulau Pinang (TPM80PP) setelah Kerajaan Persekutuan dilihat gagal untuk menyalurkan dana penyelenggaraan di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M).

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, sejak tahun 2013, Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM12.13 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan skim rumah mampu milik Jenis A (kos rendah) dan Jenis B (kos sederhana rendah).

“Sebanyak 96 projek membabitkan 52 projek pertukaran lif, tangki air dan perparitan pula 21 projek, pertukaran bumbung (8) dan lain-lain penyelenggaraan termasuk mengecat semula, pembinaan tembok dan penurapan jalan (15).

“Manakala, 17 projek lagi kini dalam pertimbangan untuk kelulusan tahun ini berbanding Pusat yang hanya meluluskan 29 daripada 143 permohonan yang dibuat (oleh Pulau Pinang) sejak 2012.

“Jadi saya harap, untuk tahun 2018 ini, KPKT (Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dapatlah mempertimbangkan untuk meluluskan baki permohonan yang belum diluluskan dengan kadar segera memandangkan Perdana Menteri telah mengumumkan dalam Bajet 2018 peruntukan sebanyak RM200 juta dalam TP1M berbanding peruntukan Kerajaan Negeri yang terhad hanya RM6.8 juta (di bawah TPM80PP),” ujarnya kepada pemberita sejurus mengadakan lawatan ke Blok 33, Taman Soon Boon Kee dekat sini baru-baru ini.

Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat hadir ke Taman Soon Boon Kee bagi melihat penyempurnaan projek penyelenggaraan lif yang berharga RM15,603.20 di bawah TPM80PP.

“Sebelum ini, iaitu pada 2014, Kerajaan Negeri turut meluluskan pembaikan lif di sini termasuk pembaikan tembok tahun lalu (2017).

“Kali ini difahamkan, projek ini membabitkan penggantian tali penggerak utama dan roda kapi utama lif ini yang telah usang, 32 tahun, lagipun DOSH (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) menasihatkan supaya ia ditukar demi keselamatan penduduk,” katanya yang turut mengedarkan kalendar tahun baru 2018 kepada penduduk di sini.


Kategori: Bahasa Malaysia, Semasa

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives