Undang-undang Pengasingan Sisa Di Punca, KN alu cadangan umum

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

GEORGE TOWN – Sebagai inisiatif bagi mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sisa yang kian bertambah, Kerajaan Negeri bakal menguatkuasakan Undang-undang Kecil Pengasingan Sisa di Punca Pihak Berkuasa Tempatan secara mandatori mulai 1 Jun 2016.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, selaras itu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang cadangan berhubung penyediaan undang-undang berkaitan agar ia lebih menyeluruh dan teliti.

“Kerajaan Negeri ingin melibatkan semua pihak dalam proses merangka dan menyediakan Undang-undang Kecil Pengasingan Sisa di Punca Pihak Berkuasa Tempatan ini.

“Justeru, dialog bersama-sama rakyat dan badan pengurusan bersama (JMB) akan diadakan bagi tujuan berkaitan.

“Sebanyak tujuh kumpulan projek perintis telah dikenal pasti iaitu merangkumi kampung, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), kilang, taman perumahan serta kompleks membeli-belah, outlet makanan, hotel dan kediaman bertingkat,’’ katanya pada Seminar Lab Pengasingan Sisa Di Punca anjuran Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong, Yeoh Soon Hin, Soon Lip Chee (ADUN Jawi), Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk) dan Ketua Unit Pengurusan Sisa Pepejal Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Oon Lai Kuan. Menurut Kon Yeow, walaupun Pulau Pinang dikecualikan dari klausa perundangan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) berhubung pelaksanaan dasar tersebut, Kerajaan Negeri tetap akan meneruskan hasrat berkenaan. “Umumnya, klausa perundangan akta tersebut hanya melibatkan Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis. “Namun, kita (Pulau Pinang) akan tetap laksanakannya demi kebaikan negeri ini,’’ jelas beliau

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);