Wanita diperlukan sebagai sebahagian penyumbang pertumbuhan ekonomi – Exco

GEORGE TOWN – Kelestarian dan keberkesanan sesebuah pembangunan hanya boleh dicapai menerusi perkongsian matlamat serta kepentingan antara dua gender yang seterusnya mendorong kepada pertumbuhan ekonomi.

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng berkata, sekiranya majoriti golongan wanita hanya terperuk di rumah dan mengharapkan negeri ataupun negara mencapai kemajuan, ianya pasti tidak tercapai.

“Kita memerlukan golongan wanita untuk menjadi sebahagian penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sama seperti kita memerlukan golongan lelaki untuk berkerja yang mana kedua-duanya mesti berganding bahu.

“Soal penjagaan anak-anak, siapa yang perlu menjaga mereka… saya berpendapat, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu memainkan peranannya, perlu juga bertanggungjawab terhadap penjagaan anak-anak ketika ibu bapa berkerja,” ucapnya pada Seminar Pemerkasaan Wanita di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Ong Bee Leng dan Pengasas yang juga Presiden Persatuan Kebajikan Asas Pulau Pinang (PKAPP), A. Alagesan.

Menurut Chong Eng, anak-anak merupakan ‘harta’ negara yang amat bernilai. “Anak-anak pada masa kini adalah pemimpin pada masa hadapan, justeru penjagaan anakanak pada masa kini merupakan pelaburan bagi masa hadapan.

“(Dan) Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang memberi pengiktirafan kepada golongan ibu dan wanita berkerjaya dengan memperuntukkan insentif tunai RM15 juta tahun 2018 sebagai penghargaan kepada golongan berkaitan dan pada masa sama mempunyai anak di bawah usia enam tahun.

“Mereka (ibu berkerjaya dan mempunyai anak di bawah usia enam tahun) akan menerima RM300 setahun, dan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang cakna terhadap keperluan ibu-ibu berkerjaya,” ujar beliau.

Seramai 200 peserta menghadiri seminar sehari anjuran PWDC dengan kerjasama PKAPP, I To I (i2i) Training and Consultancy dan Lifestyle Development Organisation.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives