Wanita perlu raih peluang, bukan sebagai pelengkap kuota – Exco

Oleh : AINUL WAR DAH SOHILLI
Gambar : ALISSALA THIAN

BATU UBAN – Wanita adalah sebahagian penjana pembangunan negara, justeru, hak dan peluang wanita dalam apa jua bidang tidak harus disekat dan hendaklah diberikan dengan sewajarnya, tegas Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti, Chong Eng di sini baru-baru ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang berkata demikian pada seminar khas tentang
kesaksamaan gender dan penghapusansegala bentuk diskriminasi terhadap wanita anjuran Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP).

Penganjuran tersebut turut disertai wakil-wakil MSNPP dan media tempatan.

Menurut Chong Eng, sejajar dengan tema sambutan Hari Wanita tahun ini iaitu ‘Make It Happen’ (Jadikan Ia Suatu
Kenyataan), segala hak dan peluang kepada wanita harus sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya, sukan mahupun peringkat pembuat keputusan.

“Umum perlu menyedari bahawa kaum wanita kini terpaksa bergelut dengan kerjaya dan pada masa sama turut memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

“Oleh itu, kami (Kerajaan Negeri dan PWDC) sangat berbangga kerana dapat berkongsi hari yang penuh bermakna ini di samping mengiktiraf kebolehan dan pencapaian para wanita dalam apa jua bidang diceburi golongan ini,” ucapnya pada majlis perasmian seminar berkenaan di sini baru-baru ini.

Ha d i r s ama, P e n g a r a h P r o g r a m Pemberdayaan dan Kepimpinan Wanita PWDC, Karen Lai Yu Lee yang juga merupakan penceramah pada seminartersebut.

Tambah Chong Eng, meskipun terdapat beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak wanita di Pulau Pinang, beliau berharap PWDC dapat bergerak aktif dan agresif dalam menganjurkan lebih banyak seminar berkaitan bukan sahaja untuk golongan sasaran, tetapi juga penjawat awam, atlet serta pelajar di peringkat universiti.

“Jadi, kini terpulang kepada kaum wanita untuk meraih peluang yang disediakan dengan memastikan kehadiran
mereka bukan sebagai pelengkap kuota, tetapi sebagai penyumbang segala bentuk kemahiran dan kepakaran setanding kaum lelaki.

“Tanpa kesaksamaan gender, tidak ada kesaksamaan sosial,” ujar beliau