World Health Day Seberang Jaya, beri kesedaran gaya hidup sihat

AMAL GAYA HIDUP SIHAT… Hampir 3,000 peserta mengambil bahagian dalam acara zumba 90 minit, jalan kaki 5 kilometer (km) serta 15km Fun Ride (berbasikal) yang diadakan bersempena penganjuran World Health Day 2017 di Seberang Jaya (berhadapan Pusat Membeli-belah Sunway Carnival) baru-baru ini.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, program kecergasan tersebut merupakan anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya bersama Program Car Free Morning kelolaan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

“Matlamat utama program ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengurangkan penggunaan kenderaan dalam menurunkan kadar pencemaran.

“Ianya juga mampu mempromosikan Car Free Morning yang dijalankan oleh MPSP setiap Ahad, minggu pertama setiap bulan,” ucapnya pada penganjuran berkaitan.

Antara acara lain yang mengisi program tersebut termasuk permainan kanak-kanak, pendaftaran programprogram kebajikan Kerajaan Negeri, pendaftaran pengundi, cabutan bertuah, pameran serta jualan.


Cateogry: ADUN

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives