Zumba beri inspirasi senam hujung minggu keluarga – ADUN

G a m b a r : ALISSALA THIAN

KOMTAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng menyatakan bahawa senaman tarian zumba kini mula menjadi suatu tarikan kepada rakyat dalam negara yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Jelas beliau, zumba adalah lebih berpaksikan elemen masyarakat yang mana ia tidak memerlukan kemudahan atau peralatan khusus, mudah dipelajari serta boleh dilaksanakan secara berkumpulan mahupun sendiriran.

“Zumba akan memberi fokus bukan sahaja tentang amalan hidup sihat, sebaliknya memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama-sama bersenam pada hujung minggu.

“Matlamat utama penganjuran ini adalah bagi melahirkan masyarakat Pulau Pinang yang sihat dan harmoni membabitkan semua peringkat lapisan masyarakat,” ucapnya pada Majlis Perasmian Program Zumba ‘Komuniti Bersukan, Rakyat Sihat,’ di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Belia dan Sukan , Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti, Chong Eng, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang, (MBPP) S. Sukumar dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Macalister, Cheah Sze Phat.

Dalam pada itu, Lai Heng turut memuji JKKK Macalister kerana berjaya menarik kira-kira 300 peserta dalam penganjuran sulung berkenaan.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);