Diari seorang Ketua Menteri

Admin

 

SERINGKALI kita beranggapan bahawa kehidupan harian seorang ketua negeri ataupun Ketua Menteri adalah mudah dan mewah. Dikerumini oleh pengiring, dihidang dengan makanan sedap, segala keperluan disediakan dan semua permintaan dipenuhi. Adakah benar anggapan itu? Bagi merungkai teka-teki tersebut, Buletin Mutiara Edisi Khas (BMEK) berkesempatan untuk mengikut rutin harian Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan betul-betul menyelami apa yang beliau harungi setiap hari sebagai pemimpin No.1 negeri Pulau Pinang.

TARIKH : 21 Mei 2011, SABTU

8.00 pagi : Beliau telah keluar dari rumah untuk menghadiri Majlis Pelancaran ‘Surveyors Trail’ di Taman Belia. Pagi itu hujan renyai-renyai tetapi ucapan Guan Eng telah berjaya menaikkan semangat kumpulan pelajar, jurukur professional dan orang awam untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri nombor satu dalam semua aspek.

LIM Guan Eng memberi ucapan bersemangat pada Majlis Pelancaran ‘Surveyors Trail’ di Taman Belia.
LIM Guan Eng memberi ucapan bersemangat pada Majlis Pelancaran ‘Surveyors Trail’ di Taman Belia.

 

Guan Eng memberitahu BMEK yang beliau kadang-kadang cuma tidur selama empat jam dan paling lama cuma enam jam setiap malam. Setiap orang yang bekerja dengannya sudah biasa menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada larut malam atau pagi-pagi buta.

AKSI Ketua Menteri ketika bersenam aerobik.
AKSI Ketua Menteri ketika bersenam aerobik.

 

Semasa di Taman Belia, Guan Eng turut bersama para peserta bersenam ringan dan memanjat bukit kecil ‘Surveyors’ Trail’. Pihak media yang sudah mesra dengan Guan Eng turut berjenaka menyatakan bahawa kasut dan seluar ‘slack’ dipakainya tidak sesuai untuk aktiviti berkenaan.

Apa boleh buat, saya ada banyak program hari ini, tak sempat tukar baju, apatah lagi, seluar dan kasut? Sudah menjadi kebiasaan kepada saya untuk menukar baju di dalam kereta ketika dalam perjalanan dari satu program ke satu program lain” katanya sambil ketawa.

Selepas sepuluh minit berada di Taman Belia, beliau kemudian bergegas ke upacara pelancaran ‘My Penang, My Experience’ di Jalan Pantai. Di destinasi, Pembantu Khas beliau, Wong Kim Fei sedia menunggu dengan teks ucapan majlis berkenaan. Sebaik sahaja tiba di destinasi, Guan Eng terus naik ke pentas dan memberi ucapan yang dituju khas kepada kumpulan professional di sana. Memang amat menakjubkan bagaimana beliau mempunyai tenaga dan semangat untuk memastikan setiap upacara atau program yang dihadiri dipenuhi dengan kata-kata hikmah yang merangsangkan .

PARA wartawan mengerumuni Lim Guan Eng pada sidang akhbar.
PARA wartawan mengerumuni Lim Guan Eng pada sidang akhbar.

 

11.00 pagi : Ketua Menteri baru bersempatan duduk sekejap untuk minum teh dan bersarapan. Masa itu juga digunakan untuk mengadakan perbincangan dengan sekumpulan peniaga. Sebaik sahaja selesai perbincangan, beliau terus berkejar ke Bukit Mertajam bagi menghadiri program berikutnya.

KERETA rasmi Ketua Menteri ketika tersekat di dalam kesesakan jalan raya.
KERETA rasmi Ketua Menteri ketika tersekat di dalam kesesakan jalan raya.

 

Pernah beliau berseloroh dengan pemberita, “Kereta rasmi saya pun lebih murah daripada kereta kamu. Harga kereta ini sekarang tak sampai RM20,000 pun.” ujarnya. Sebagai makluman, Ketua Menteri kebiasaannya menggunakan kereta Mercedes untuk urusan rasmi beliau. Biarpun di kampung, bendang, bukit dan bandar, sudah menjadi kebiasaan kereta Mercedes bernombor pendaftaran, PG 1 yang dipandu oleh pemandu setia beliau (tanpa diiringi pasukan polis) akan tersekat di dalam kesesakan jalan.

Lazimnya, negeri Pulau Pinang merupakan sebuah negeri bertuah kerana dikurniakan seorang Ketua Menteri yang cukup prihatin dengan kesusahan dan kesulitan rakyat jelata. Salah satu keutaman beliau adalah untuk mengurangkan kesesakan trafik di seluruh negeri Pulau Pinang. Lanjutan daripada itu, beberapa jalan telah dan bakal dinaiktarafkan dan juga projek terowong bawah laut yang akan menyambungkan bahagian pulau Pulau Pinang dengan Seberang Perai sebagai satu juga bakal diimplementasikan.

LIM Guan Eng (kanan sekali) bertukar-tukar dokumen perjanjian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Beijing Urban Construction Group (BUGG) sambil disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak (dua dari kanan) dan Perdana Menteri China, Wen Jia Bao (dua dari kiri).
LIM Guan Eng (kanan sekali) bertukar-tukar dokumen perjanjian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Beijing Urban Construction Group (BUGG) sambil disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak (dua dari kanan) dan Perdana Menteri China, Wen Jia Bao (dua dari kiri).

 

Ketua Menteri tiba di Jalan Song Ban Kheng dan Jalan Maju, Bukit Mertajam pada tengah hari. Walaupun matahari terik dan hujan renyai-renyai, Guan Eng yang tidak mengendahkan faktor cuaca tersebut dan terus mengadakan sidang media dan lawatan ke jalan baru dibina bagi kemudahan penduduk sekitar. Pada masa sama, beliau turut mengumumkan projek jalan ’road overbridge’ yang bakal dibina di dalam tempoh terdekat.

CUACA panas terik tidak pernah menghalang Lim Guan Eng dan barisan Ahli Dewan Undangan Negeri serta Exco-exco untuk mengadakan lawatan ke jalan baru di Bukit Mertajam.
CUACA panas terik tidak pernah menghalang Lim Guan Eng dan barisan Ahli Dewan Undangan Negeri serta Exco-exco untuk mengadakan lawatan ke jalan baru di Bukit Mertajam.

Selesainya sidang media, Ketua Menteri tidak sempat menjamah makanan disediakan ekoran perlu bergegas ke lapangan terbang untuk ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, banyak lagi program yang menunggu beliau. Bagi menjimatkan wang rakyat, Ketua Menteri memilih untuk menaiki kelas ekonomi.

BMEK turut dimaklumkan bahawa ketika berada di dalam kereta iaitu dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat, Ketua Menteri turut menggunakan tempoh masa tersebut untuk menjawab panggilan telefon, membaca emel, menggunakan Twitter dan menyemak dokumen-dokumen penting. Sekiranya perjalanan jauh, beliau sempat melelapkan mata seketika dan terus menjalankan tanaggungjawab diamanahkan apabila tiba ke destinasi.

TANPA segan silu, Lim Guan Eng mendukung anak bongsu beliau bersempena lawatan ke Bukit Bendera bersama pegawai-pegawai kerajaan lain. Turut bersama adalah isteri beliau, Betty Chew (tiga dari kanan).
TANPA segan silu, Lim Guan Eng mendukung anak bongsu beliau bersempena lawatan ke Bukit Bendera bersama pegawai-pegawai kerajaan lain. Turut bersama adalah isteri beliau, Betty Chew (tiga dari kanan).

Sebagai seorang ayah dan suami, beliau turut meluangkan masa untuk isteri tersayang dan anak-anak. Adakalanya, beliau akan membawa mereka ke majlis-majlis menarik dan sesuai untuk keluarga. Tanpa rasa janggal, beliau sering mendukung anak lelaki bongsunya walaupun di khalayak ramai untuk menunjuk serta menjelaskan objek-objek menarik di kawasan sekitar.

Seringkali pegawai-pegawai bertugas di pejabat Ketua Menteri terasa ’penat’ meneliti jadual hariannya. Malah, seringkali kita berjenaka bahawa perlu ’belah’ atau ’potong’ Ketua Menteri kepada dua bagi meringankan beban beliau terutamanya dalam menghadiri majlis-majlis jemputan yang diterima. Bagi Ketua Menteri, beliau ingin menghadiri semua jemputan yang diterimanya. Namun, apakan daya, kadang-kala beliau terikat dengan tugas lebih penting terutamanya pada aspek pembangunan dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri Nombor 1 dan memimpin dalam semua aspek.

Yang pasti, beliau mengharungi semua suka duka dengan tabah. Baginya, tiada yang susah sekiranya kebaikan itu dapat dikecapi oleh semua warga Pulau Pinang. Yang penting, semua rakyat, tanpa mengira bangsa, agama atau pendirian politik dapat merasa kejayaan hasil titik peluh beliau. Tugas Kerajaan Negeri adalah untuk mentadbir dengan baik supaya rakyat semua dapat kongsi segala kenikmatan.