Vaksin baru rabies, KN sedia tubuh logistik bersama Pusat

GEORGE TOWN – Sebanyak 40,000 vaksin anti rabies baru yang dicadangkan oleh World Veterinary Services (WVS) akan dinilai uji terlebih dahulu oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam tempoh minimum tiga bulan, sebelum diagihkan ke semua negeri termasuk Pulau Pinang sesegera mungkin.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri bersedia untuk membeli 5,000 vaksin baru itu, selain yang dibekalkan secara percuma oleh Kerajaan Pusat.

Malah, beliau menyatakan bahawa Kerajaan Negeri bersedia menubuhkan pasukan logistik untuk proses kelulusan vaksin baru di peringkat negeri dengan kerjasama Kerajaan Pusat, demi kepentingan keselamatan habitat anjing dan manusia di negeri ini.

“Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dari segi logistik untuk menubuhkan satu pasukan logistik bersama-sama Pusat.

“Dalam tempoh ini, saya berharap pemilik anjing dapat menjaga anjing masing-masing,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Biosekuriti dan SPS, Dr. Rozanah Asmah Abd. Samad, Ketua Eksekutif WVS, Luke Gamble dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Sebelum itu, Rozanah Asmah memberitahu bahawa kebiasaannya tempoh ujian vaksin yang baru mengambil tempoh masa tiga hingga enam bulan, dan dalam tempoh kecemasan ini, tempoh minimum selama sebulan masih diperlukan.

Bagi Gamble, beliau menyatakan bahawa prosedur kelulusan proses membawa masuk sesuatu vaksin baru ke mana-mana negara selalunya mengambil masa sekitar enam bulan.

if (document.currentScript) {