ADUN Komtar ajak wanita, ibu tunggal sertai kursus bakeri

KOMTAR – Golongan wanita dan ibu tunggal yang berminat untuk menambah pendapatan sampingan dijemput menyertai kursus membuat kek di Kafe Monroe, Hotel Heritage 1926 dekat Jalan Burma di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng memberitahu, bengkel bakeri pertama pada 13 Ogos 2016 diadakan mulai jam 2 petang hingga 4 petang, manakala sesi kedua, 24 Ogos 2016 mulai jam 8 malam hingga 10 malam.

Ulasnya, kursus itu dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat ADUN Komtar dengan kerjasama Briged Wanita Pulau Pinang Kawasan Komtar.

“Saya seru agar golongan ibu tunggal dapat mengambil peluang ini bagi menambah pendapatan kerana subsidi khas disediakan bagi mereka yang berkaitan,” katanya pada sidang media penganjuran Business Baking Class di Pusat Khidmat ADUN Komtar, Jalan Talipon di sini barubaru ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Say Cake, Leslie Low dan Pengurus Besar Sorganic’s Drink, Chuah Chern Chung dan Pengurus Bakeri Say Cake Sdn. Bhd., Andies Teh (selaku pengelola kelas).

Mengulas lanjut, Andies memberitahu, yuran biasa yang dikenakan terhadap pengendalian kursus sebegitu adalah berharga RM3,800.

“Namun, kali ini, atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Briged Wanita Komtar, bayaran yang dikenakan cuma RM1,200, tidak termasuk RM150 untuk peralatan.

“Setiap sesi kelas hanya dihadkan kepada 12 peserta bagi memudahkan tenaga pengajar memberi tumpuan penuh dan tiada peserta yang akan ketinggalan,” jelasnya.

Tambah Andies, kandungan kursus antaranya ialah teori membuat kek, makanan sihat, pemasaran kek, hiasan kek, kemahiran menggunakan paip untuk hiasan, hiasan coklat, pengetahuan bahan mentah, 30 resipi kek, mencipta resipi sendiri dan peperiksaan.

“Semua yang layak bakal menerima sijil pentauliahan,’’ ujar beliau.

Bagi yang berminat, hubungi Say Cake di talian 014 – 316 8078 atauemel kepada,

} else {