Anjuran kejohanan dapat sambutan, MBPP sedia pertimbang peruntukan tambahan – Patahiyah

BALIK PULAU – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempunyai perancangan menganjurkan kejohanan futsal bertaraf antarabangsa di sini sejajar dengan usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan menyediakan prasarana futsal yang memenuhi piawaian Federation International Football Association (FIFA) tahun hadapan.

Datuk Bandarnya, Dato’ Patahiyah Ismail berkata, bagi mendokong perkembangan positif sukan dalam MBPP, sejumlah RM850,000 telah diperuntukan untuk tujuan kebajikan sukan dalam kalangan kakitangan MBPP.

“Peruntukan RM850,000 ini telah memberi impak positif apabila MBPP telah berjaya menempa nama dan memenangi beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa seperti Kejohanan Paintball Asia League Series 2016, Thailand Paintball Official Circuit-GELKAPS Phuket International 2016 dan 2016 Shanghai International Chinese Dragon Boat Invitation Tournament.

“Justeru, kita (Majlis) tidak mempunyai masalah untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan sekiranya penganjuran sesuatu kejohanan mendapat sambutan menggalakkan,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Pembukaan Futsal Piala Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang 2016 bertempat di Kompleks Sukan Balik Pulau di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Khidmat Kemasyarakatan MBPP, Rashidah Jalaludin.

P e n g a n j u r a n kejohanan edisi ketiga tersebut menyaksikan sebanyak 20 pasukan terdiri daripada agensiagensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, PBTPBT dan badan-badan berkanun seluruh Malaysia berentap bagi merebut gelaran juara.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, berserta piala iringan dan medal.

Bagi naib juara, wang tunai RM3,000 serta medal diperuntukan diikuti, tempat ketiga (RM1,500, medal) dan keempat (RM1,000, medal).

Manakala, bagi penjaring gol terbanyak menerima hadiah wang tunai RM150 dan piala.