Cabutan bertuah MPSP tingkat kutipan cukai – YDP

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD
SEBERANG JAYA – Penganjuran Majlis Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah Sempena Promosi Kutipan Cukai Pintu 2015 berjaya mencatatkan pungutan bayaran sebanyak RM38.54 juta melalui 112,190 transaksi daripada pembayar cukai Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di sini baru-baru ini.

Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif berkata, angka itu menyaksikan peningkatan sebanyak 90
peratus berbanding jumlah kutipan bagi promosi tahun sebelumnya, iaitu sebanyak RM20.28 juta.

“Memandangkan sambutan begitu menggalakkan daripada pembayar cukai, MPSP akan terus melaksanakan program promosi cabutan bertuah untuk tahun akan datang sebagai penghargaan berterusan kepada pembayar-pembayar cukai taksiran yang menjelaskan cukai taksiran mereka lebih awal,” jelasnya pada majlis tersebut yang dilangsungkan di Kompleks Ibu Pejabat MPSP di sini baru-baru ini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan para Ahli Majlis lain turut menyertai majlis tahunan tersebut.

Maimunah memberitahu, bilangan akaun yang layak menyertai cabutan bertuah pada kali ini pun meningkat sebanyak 45.39 peratus menjadikan 37,443 akaun premis, berbanding jumlah yang layak pada tahun 2014, iaitu sebanyak 25,755 akaun premis.

Tambahnya, jumlah tunggakan terkumpul bagi cukai taksiran turut menyaksikan trend penurunan dalam
tempoh tahun 2013 hingga 2009, sejak program promosi berwajib dianjurkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan.
Difahamkan, jumlah tunggakan t e r k u m p u l c u k a i taksiran MPSP bagi tahun 2009 adalah sebanyak RM45.92 juta dan menurun ke RM42.62 juta (2010), RM34.32 juta (2009), RM27.43 juta dan RM21.85 juta (2013).

M a i m u n a h memberitahu, MPSP turut melakukan l a n g k a h p e n g u a t k u a s a a n b e r w a j i b s e l a i n      m e n g a n j u r k a n program promosi membayar tunggakan serta cukai taksiran pada awal tahun.

“MPSP telah mengambil tindakan perundangan dan membawa lima kes pemilik tegar ke mahkamah dengan nilai tunggakan cukai sebanyak RM13.58 juta.

“Tindakan ini dilihat perlu bagi memberi kesedaran kepada pembayar cukai taksiran (supaya) bertanggungjawab menjelas cukai taksiran pada setiap tahun dan mengikut tempoh yang telah ditetapkan,” tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Maimunah menjelaskan bahawa Cukai Taksiran dan Sumbangan Membantu Kadar kepada MPSP adalah tidak akan dikenakan 6 peratus Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasa Kerajaan Pusat sejak 1 April lepas.