Forum zakat di IPT

17 OKTOBER 2015, Permatang Pauh – ZPP buat julung kalinya dengan kerjasama Unit Kerjaya & Kaunseling, Pusat Zakat, Waqaf & Sedeqah (ACIS) dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang menganjurkan Forum Zakat D’ IPT yang bertempat di Dewan Seminar, UiTM Pulau Pinang.

Pengurus Besar ZPP Azman Abdul Samat berkata, forum diadakan khusus buat pelajar di IPT bagi mengupas isu berkaitan zakat, sekaligus memberi pendedahan mengenai keberkatan berzakat serta fungsi institusi zakat masa kini.

Beliau berkata, program berkenaan mendapat kerjasama UiTM dalam konteks forum dan beberapa program menyusul dengan kerjasama UiTM dan IPT lain bagi mendapatkan impak baik dari masyarakat dalam kesedaran dan kebaikan menunaikan zakat.

Program yang diadakan turut merapatkan hubungan baik dan menjalinkan kerjasama antara ZPP dan IPT dalam menyemarakkan zakat terutama ni negeri ini.

Forum bertajuk “Rezeki Kena Berkat Ke?” tersebut dikendalikan moderator Ustaz Fawwaz Mohamad Jan, Eksekutif dari ZPP bersama dua panel jemputan iaitu Xifu Abdul Naser Abdul Rahman, pensyarah UIAM dan chef selebriti, Kamarul Hasni Che Rose dari UiTM Pulau Pinang.

Selain penuntut UiTM, program turut disertai 150 peserta Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB), Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun dan Universiti Sains Malaysia (USM).

ZPP berharap dengan penganjuran program sedemikian, pelajar yang mendapat pendedahan awal akan menjadi pembayar zakat di masa hadapan.