Jabil kembangkan ‘sayap’, penyewa tunggal terbesar GBS@Mayan

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

GEORGE TOWN – Pulau Pinang terus menjadi destinasi pelaburan interaktif dan pembangunan ekonomi yang dinamik meskipun keadaan ekonomi dan harga pasaran dunia tidak menentu kini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, ia terbukti apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) berkembang sebanyak 5.6 peratus berbanding prestasi kebangsaan cuma 4.2 peratus pada tahun 2016, dan bagi tahun 2017, GDP Pulau Pinang dijangka melebihi 6 peratus.

“Malah Pulau Pinang merupakan hab utama kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur bagi Global Establishments for Services dengan nilai pelaburan mencecah RM4.1 bilion.

“Baru-baru ini juga MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) mengumumkan Pulau Pinang menduduki tempat kedua bagi jumlah pelaburan yang diluluskan sembilan bulan pertama tahun 2017 dengan nilai RM9.9 bilion.

“(Dan) ia dilaksanakan melalui tarikan pelaburan asing langsung (FDI) terbesar di Malaysia dengan rekod mencecah RM8 bilion untuk sembilan bulan pertama tahun lalu, serta bagi suku ketiga tahun lalu kita (Pulau Pinang) telah mencatatkan RM4.3 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan melebihi jumlah direkodkan pada keseluruhan tahun 2016,” ucapnya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Sewaan Pusat Perniagaan Global (GBC) Jabil Sdn. Bhd. (Jabil) dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Komtar 11 Januari lalu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon; Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy; Penasihat Khas (Ekonomi) kepada Ketua Menteri, Dato’ Seri Lee Kah Choon; Pengurus Besar PDC, Dato’ Rosli Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif investPenang, Dato’ Loo Lee Lian.

Mengulas perjanjian sewaan tersebut, Guan Eng memberitahu bahawa Jabil merupakan penyewa tunggal terbesar di Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) di Mayang Mall atau GBS@ Mayang.

“Para 7 April tahun lalu, saya menyempurnakan pembukaan GBS@ Mayang bagi memenuhi permintaan global serta ke arah menjadi negeri yang progresif dan mesra perniagaan setara dengan standard MSC Malaysia Cybercentre.

“Kami (Kerajaan Negeri) sangat teruja apabila Jabil mengembangkan sayapnya di sini bagi pengoperasian Jabil GBC merangkumi perkhidmatan holistik daripada Proses Automasi Robotik (RPA), teknologi Internet Benda (IoT), Intelligent Digital Supply Chain sehingga analisis data besar (BDA).

“Pembukaan Jabil GBC ini juga bakal menawarkan 1,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam tempoh dua hingga tiga akan datang,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Perolehan dan Penjualan Jabil, Frank Mckay berkata, Pulau Pinang dianggap sebagai salah satu hab utama Jabil.

“Jabil kekal yakin dengan prospek perkembangan pelaburan dan ekonomi di Pulau Pinang dan teruja mengambil peluang mengembangkan ‘sayap’ kami (Jabil) di GBS@Mayang.,” ujarnya.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives