JK Kg. Melayu A juara sepak takraw piala ADUN Air Itam

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

AIR ITAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai menzahirkan keazaman untuk terus membangunkan perkembangan sukan di negeri ini selaras dengan visi Kerajaan Negeri bagi melahirkan rakyat yang sihat, cergas serta berfikiran positif.

Hon Wai berkata, sekiranya sukan diberi perhatian sewajarnya, ia bukan sahaja mampu melahirkan rakyat yang sihat, bahkan negeri lebih harmoni melalui jalinan silaturahim erat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

“Kerajaan Negeri sememangnya mementingkan pembangunan sukan terhadap semua golongan, iaitu semuda usia kanakkanak, belia hinggalah golongan veteran.

“Namun, untuk menjayakan visi ini, kita (Kerajaan Negeri) memerlukan kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak, dari peringkat atasan hingga ke Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) untuk menggerakkan komuniti setempat,” ujarnya pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Piala YB Wong Hon Wai dekat Kampung Melayu di sini baru-baru ini.

Turut sama, Pegawai Daerah Timur Laut (DTL), Jusni Ismail, Mohamed Yusoff Mohamed Noor (mantan Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP), Aziz Bukhari (Ketua Biro Sukan JKKK Kampung Melayu) dan Zainuddin Zainul Abidin (Pengarah Syarikat Auralife) selaku penaja.

Menurut Hon Wai, bagi menaikkan imej sukan sepak takraw di kawasan Air Itam khasnya, beliau melalui peruntukannya kini sedang giat menaik taraf beberapa gelanggang (sepak takraw) supaya boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat.

Mengulas mengenai pertandingan berkaitan, beliau memberitahu, sebanyak 72 pasukan dari dalam dan luar Pulau Pinang telah mengambil bahagian.

“Jaguh Kampung (JK) Kampung Melayu A muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala pusingan, piala iringan dan medal.

“Tempat kedua dinobatkan kepada JK Kampung Melayu D dengan hadiah wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan
dan medal. Ketiga, Pasukan Mahsuri A (RM500).

“Bagi kategori veteran, pasukan ISTC muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala pusingan, piala iringan dan medal,’’ jelas Hon Wai.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);