Kupon MPSP baru seragam caj parkir, GST – YDP

SEBERANG JAYA – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bakal mengeluarkan kupon parkir baru tidak lama lagi dengan diseragamkan secara langsung bersamasama caj tambahan ekoran pelaksanaan 6 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Justeru, Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif berkata, pembekal dan pengguna masih boleh menggunakan kupon sedia ada sehingga Jun ini, s u n g g u h p u n K e r a j a a n P u s a t menguatkuasakan GST sejak 1 April lepas.

“Kita semua tahu bahawa GST ini bermula pada 1 April dan kita masih menggunakan kupon parkir yang lama.

“Ini bererti, MPSPlah yang menanggung kos GST daripada aspek kupon ini, demi menghabiskan stok sedia ada sehingga akhir bulan Jun.

“Mulai 1 Julai, kita (MPSP) akan menggunakan kupon parkir baru bersama dengan 6 peratus GST yang kita (MPSP) diminta kutip daripada pelanggan bukan untuk kita (MPSP), tetapi untuk diserahkan
terus kepada Kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia).

“Kadar baru parkir sejam bersama GST selepas ini adalah 42.4 sen umpamanya, akan kita (MPSP) bundarkan menjadi 40 sen, maka, ini bererti caj 2.4 sen tersebut majlis (MPSP) akan serap dan bayar kepada Kastam nanti,” jelasnya kepada wartawan selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Setiausaha MPSP, Ir. Rozali Mohamud pada sidang media sama berkata, kupon sedia ada tidak lagi boleh dijual atau ditebus dengan wang selepas 1 Julai nanti.

“Dalam tempoh tiga bulan ini (mulai April hingga Jun), kita (MPSP) minta semua agen jual sampai habis semua kupon (parkir) sedia ada.

“Selepas tiga bulan, akan dikenakan 6 peratus GST (dengan menggunakan kupon MPSP baru), maka, tidak boleh lagi menjual kupon sedia ada (yang lama),” ujar beliau.