Larian Sungai Penanti terima penyertaan luar jangkaan

Teks & Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

PRIHATIN… Larian Sungai Penanti 2017 yang julung kali diadakan mendapat sambutan memberangsangkan apabila menerima penyertaan kira-kira 1,200 peserta dari dalam dan luar negeri.

Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), Dr. Norlela Ariffin berkata, penganjuran tersebut merupakan acara larian tepian sungai yang pertama di Pulau Pinang.

“Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi membantu pembangunan pelancongan sungai dan desa khususnya di kawasan Penanti.

“Terbukti… apabila dalam tempoh seminggu sahaja pendaftaran atas talian dibuka, ia menerima penyertaan di luar jangkaan.

“Selain itu, inisiatif ini juga diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini khususnya kawasan Penanti,” katanya ketika ditemui pada majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Hadir memeriahkan penganjuran, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Zulkifli Long dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP), Ir. Sabri Abdul Mulok.

Mengulas lanjut, Norlela menyatakan bahawa acara larian sungai tersebut adalah melibatkan dua kategori iaitu masing-masing 10 kilometer (km) dan 5 km.

“Program ini bukanlah sekadar larian biasa, sebaliknya para peserta perlu melalui kawasan perkampungan dan terus selain menyusuri Sungai Penanti.

“Kita (Kerajaan Negeri) mahukan masyarakat yang menjaga kebersihan sungai dan menyayanginya selari dengan slogan larian ini iaitu Save Our Kampung, Save Our River,” jelas beliau.


Cateogry: ADUN

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives