MAB rakan kongsi strategik PCEB, promosi Pulau Pinang destinasi acara perniagaan serantau

GEORGE TOWN – Biro Persidangan dan Pameran Pulau Pinang (PCEB) hari ini memeterai perjanjian perkongsian strategik dengan Malaysia Airlines Berhad (MAB) bagi mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi acara perniagaan serantau.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sendiri yang menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif PCEB, G. Ashwin memeterai perjanjian bersama-sama Pengarah Pemasaran MAB, Yeoh Hock Thye.

“Dengan menjadikan MAB sebagai rakan kongsi strategik, Pulau Pinang boleh menyediakan nilai tambah perkhidmatan kepada penganjur acara perniagaan, terutama mengenai kadar tambah istimewa untuk menempah tiket penerbangan.

“Untuk acara tertentu, PCEB boleh saling berbincang dengan MAB untuk tempahan pesawat, (dan kerjasama strategik ini) sangat baik untuk Pulau Pinang, untuk kita saling bekerjasama,” katanya yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada majlis pemeteraian perjanjian persefahaman antara dua pihak berkaitan di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Ashwin memberitahu, dengan rakan kongsi strategik MAB bakal membolehkan PCEB sendiri melihat prospek pembangunan perniagaan baru serantau, seperti di India, China, Eropah dan Australia.

Difahamkan, acara perniagaan menyumbang RM808 juta dalam sektor ekonomi Pulau Pinang pada tahun 2016 dan meningkat lebih RM1 bilion pada tahun lalu.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives