Penemuan arkeologi di Sia Boey

Oleh : Dr. Ang Ming Chee

Pengurus Besar George Town World Heritage Incorporated

[email protected]

 ARKEOLOGI ialah kajian masa lampau manusia melalui kaedah ekskavasi, dokumentasi dan pemetaan yang sistematik dan saintifik. Secara umumnya, lapisan yang lebih dalam mencerminkan tempoh budaya yang lebih lama.

Data berada di dalam tanah, apabila ia terdedah ia perlu direkod secepat mungkin atau data akan dikompromi.

Oleh itu, beberapa negara telah merangkumkan kajian arkeologi sebagai salah satu komponen dalam Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment).

Pihak pengurusan Sia Boey/ KOMTAR Fasa V menunjukkan mereka peka terhadap warisan budaya–apabila struktur bawah tanah ditemukan semasa kerja pembinaan, mereka telah memanggil mesyuarat dan kemudian membawa masuk Pusat Penyelidikan Arkeologi Global dari Universiti Sains Malaysia untuk melaksanakan kerja penyiasatan arkeologi peringkat awal.

Siasatan telah mengenal pasti kunci terusan dan beberapa struktur granit yang belum direkodkan dalam peta sejarah.

Penemuan tersebut telah membawa kepada projek kolaborasi arkeologi selama enam bulan.

Ekskavasi itu juga mendedahkan struktur granit yang mungkin adalah dinding terusan.

Kini struktur yang telah ditemukan adalah sekitar 20 meter panjang dengan ketinggian 1.7 meter.

Sisi luar struktur adalah agak licin di bandingkan dengan sebelah dalam, yang menunjukkan penglibatan tekanan kuasa hidraulik. Artifak lain yang ditemukan termasuk objek logam, kepingan seramik dan tulang haiwan.

Penemuan paling utama ekskavasi sehingga kini, adalah penemuan tiang kayu di bawah dinding terusan.

Penemuan ini bukan sahaja memberi penerangan untuk kejuruteraan lampau di kawasan tanah lembap, tetapi juga merupakan penemuan yang pertama di Malaysia.

Sampel penemuan telah dihantar untuk ujian makmal bagi mengesahkan lagi usia tapak ini. Secara umumnya, “Optically Stimulated Luminescence” adalah kaedah untuk penentuan usia bagi objek bukan organik seperti batu-bata dan batuan, manakala teknik penetuan usia melalui radiokarbon (radiocarbon dating) digunakan untuk ujian penentuan usia objek organik. Penemuan arkeologi di Sia Boey adalah sangat signifikan dalam banyak aspek. Data yang diperolehi memberikan kita pemahaman yang lebih baik b u k a n s a h a j a d a r i s e g i pembangunan awal George Town, tetapi juga kaedah kejuruteraan purba, serta persekitaran geologi purba dan sebagainya. Sementara kerja ekskavasi ini masih dijalankan, mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek ini boleh melayari https:// prangincanal.wordpress. com/blog/ untuk maklumat lanjut. Malah, jika anda memiliki gambar foto lama atau maklumat lain berkenaan dengan Pasar Sia Boey dan sekitarnya, sila berhubung dengan George Town World Heritage Incorporated. Kita memerlukan lebih banyak bukti dan maklumat untuk membantu pasukan memahami persekitaran tapak dan perubahanperubahan melalui masa.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);