Reka cipta tanglung guna bahan kitar semula dapat sambutan

KREATIF… Seramai 20 peserta cilik menunjukkan bakat masing-masing pada Pertandingan Mereka Cipta Tanglung Menggunakan Bahan-bahan Kitar Semula anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

ADUNnya, Dr. Afif Bahardin memberitahu, penyertaan pada tahun ini adalah lebih menggalakkan dengan kepelbagaian reka bentuk tanglung.

“Selain pertandingan berkaitan, perayaan Pesta Tanglung yang merupakan acara tahunan di sini turut mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum di sini,’’ ujarnya yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan.

Turut diadakan, pertandingan memakan kuih bulan paling cepat, peraduan meneka jumlah kacang dan perarakan membawa tanglung mengelilingi padang permainan di Lintang Tenggiri di sini.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);