Bekalan air Pulau Pinang cukup hadapi Monsun Barat Daya, respons PBAPP

Admin
88dd8f84 ff0b 4889 8ca1 60ccbe17e2c9 K. Pathmanathan

GEORGE TOWN – Monsun Barat Daya (MBD) yang bermula dari 10 Mei lepas sehingga bulan September depan kebiasaannya membawa iklim panas dan kurang taburan hujan di negeri Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Negeri Pulau Pinang (PBAPP), Dato’ Ir. K. Pathmanathan berkata syarikat operator air negeri ini sedar mengenai impak daripada perubahan iklim tersebut.

Pun begitu, beliau memberitahu pemberita bahawa bekalan air di bahagian Pulau dan tanah besar Seberang Perai ketika ini adalah mencukupi bagi menampung keperluan penduduk negeri.

“Buat masa ini paras air di semua empangan negeri adalah melebihi 50 peratus (yang mana) kerja-kerja mengabstrakkan (sumber air mentah) dari Sungai Muda (dalam sempadan negeri Pulau Pinan) diteruskan seperti biasa.

“Jadi, Monsun Barat Daya sehingga September (2025), buat masa ini bekalan air adalah mencukupi,” ujarnya dalam sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di Hotel Marriott di sini pada 8 Jun 2025.

Portal rasmi PBAPP hari ini mendedahkan kapasiti efektif air di Empangan Air Itam direkodkan sebanyak 57.8 peratus, Empangan Teluk Bahang (52.3 peratus) dan Empangan Mengkuang (91.1 peratus).

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI
Video : LAW SUUN TING