Bisik harga tertinggi, keunikan Pasar Bisik

3c956b37 c395 46da 97dd 7dc7bfd3b9a2
PANDAI berbisik, ‘harga cantik’, itulah keunikan Pasar Bisik yang terletak di Kuala Muda, Seberang Perai Utara, sebuah lokasi yang tidak asing sebagai tempat tawar-menawar hasil laut segar.
Difahamkan, hanya terdapat dua pasar bisik di Malaysia yang menggunakan konsep sama.
e85d42de b36d 4206 a545 bcf97735724c 52045f0b 2185 47a8 879e 0c7f89028722
Di Kuala Muda, pasar ini dikatakan telah beroperasi sejak tahun 1960-an, bermula dengan hanya sebuah pondok kecil. Tiada tanda harga dipamerkan, semua nilai ditentukan sepenuhnya melalui kemahiran membida dan membaca situasi.
Kunjungan wartawan Buletin Mutiara, WATAWA NATAF ZULKIFLI  bersama jurugambar, MUHAMMAD IQBAL HAMDAN mendapati bahawa tradisi berbisik yang diamalkan di pasar tersebut bukan sahaja terus sebati dalam kalangan penduduk setempat, malah menjadi tarikan kepada pengunjung baharu serta pelancong yang singgah ke kawasan itu.
Malah, Pasar Bisik kini dilihat sebagai salah satu produk pelancongan unik yang menarik minat pengunjung luar Pulau Pinang.
8fc33537 8e7b 4d3e 856f 51869ae21029

screenshot

Bagi pengunjung, MOHD. ASRI ISMAIL, 55, sambutan yang diterima di Pasar Bisik amat menggalakkan, terutamanya bermula hari Jumaat hingga ke hujung minggu.
“Tambahan pula apabila hampir dengan perayaan Tahun Baharu Cina, harga makanan laut sedikit meningkat dan secara tidak langsung menjadi rezeki kepada para nelayan.
“Kelebihannya tetap pada konsep ‘bisik’  lagipun pasar seperti ini hanya ada dua sahaja, satu di Pulau Pinang dan satu lagi di Kedah,” ujarnya ketika ditemui.
0baa6056 08d2 47b8 81c6 ca8478cd513b

screenshot

Sementara itu, peniaga AHMAD FAIZAL, 34, memberitahu bahawa keistimewaan Pasar Bisik terletak pada kebijaksanaan pelanggan dalam membida harga.
“Sesiapa yang memberi tawaran terbaik, dialah pemenang, orang lain tidak tahu harga yang dibida.
“Memang ada harga yang tinggi, tetapi tidak dapat dinafikan kualiti barangan sangat baik kerana hasil laut terus dibawa naik oleh nelayan ke pasar.
“Di sini juga tidak terikat dengan syarat tertentu, sama ada pelancong, peraih atau pembeli biasa, sesiapa sahaja yang tawar harga tinggi, dialah yang dapat.
“Pada hujung minggu seperti Sabtu dan Ahad, ramai pelancong datang, malah ada dari Kuala Lumpur,” katanya.
screenshot
Screenshot
Seorang lagi pengunjung, MUHAMMAD WAFDI ZULKIFLI, 42, berharap kemudahan di pasar tersebut dapat dinaik taraf bagi memberikan keselesaan serta menampung jumlah kehadiran pengunjung yang lebih ramai.
“Saya harap lokasi ini dapat dipromosikan dengan lebih meluas supaya ia benar-benar menjadi produk pelancongan Pulau Pinang dan menarik lebih ramai pengunjung,” ujarnya yang datang dari Kedah.
screenshot
Screenshot
Bagi ASMA SHARIFF, 63, yang telah menjadi pelanggan setia sejak sekian lama, berkongsi bahawa kesegaran makanan laut menjadi tarikan utama.
“Jika bercakap soal penambahbaikan, boleh diwujudkan sebuah kawasan santai di tepi laut atau ditambah kemudahan perniagaan supaya lebih ramai orang boleh beriadah sambil berkunjung ke Pasar Bisik,” katanya yang berasal dari Guar Perahu dekat Kubang Semang, Seberang Perai Tengah.
Selain bisikan harga, turut didapati bahawa sesetengah pembeli menggunakan isyarat jari atau tangan bagi mengelakkan orang lain mengetahui tawaran. Satu sesi bidaan biasanya hanya mengambil masa beberapa saat, menjadikan urusan jual beli sangat pantas.