Feri baharu Pulau Pinang kini capai 5 juta penumpang

Admin
e6561d3c a076 4948 9a44 e99fb72413d0 SYED Mohamad bin Syed Murtaza (bertali leher biru) sendiri turut menyampaikan cenderamata kepada penumpang di pintu masuk di balai ketibaan Pengkalan Sultan Abdul Halim di sini, sempena majlis sambutan Feri baharu Pulau Pinang mencapai 5 juta penumpang pada tengah hari tadi (30 April 2025).

BAGAM DALAM – Bersejarah di negeri ini, perkhidmatan Feri Baharu Pulau Pinang hari ini mencatatkan angka 5 juta penumpang pada hari ini.

259a9fe6 a077 4f83 a97a a0db5670f060
SYED Mohamad bin Syed Murtaza

Pengerusi Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB), Dato’ Seri Syed Mohamad bin Syed Murtaza; Ketua Pegawai Eksekutif PPSB, Dato’ V. Sasedharan dan seorang tetamu kehormat lain yang menyempurnakan acara gimik keraian tersebut di pintu masuk di balai ketibaan Pengkalan Sultan Abdul Halim.

“Ini, bukti perkhidmatan feri penumpang terus menjadi nadi yang menghubungkan tanah besar Seberang Perai dan (bahagian) Pulau.

“Kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa semangat dedikasi dan kerjasama semua pekerja kita dalam kalangan kapten feri, kelasi dan sebagainya,” jelasnya Syed Mohamad  semasa berucap dalam majlis berkaitan di sini pada 30 April 2025.

8c9502ca af1e 4d52 a4f0 caa7069f797a
MAJLIS penyampaian cenderamata penghargaan kepada para krew PPSB yang berkhidmat penuh dedikasi sejak feri baharu Pulau Pinang mula beroperasi pada bulan Oktober 2023.

Serentak pada majlis sama, Syed Mohamad dengan diiringi turut menyampaikan Sasedharan turut menyampaikan pek penghargaan berupa jaket pelbagai guna dan beberapa aksesori pakaian berkaitan kepada semua para petugas yang bertanggungjawab memastikan kelangsungan operasi harian perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang.

Difahamkan, jumlah penumpang feri baharu Pulau Pinang dihitung sejak 7 Ogos 2023.

Pada 17 Ogos 2023 lepas, perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang secara rasminya memulakan perkhidmatan mengangkut penumpang, menggantikan feri lama yang menjadi ikonik negeri ini.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kelapan, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dengan sendiri diiringi Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow; dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan beberapa pemimpin lain menyempurnakan acara gimik pelancaran operasi perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang pada waktu itu.

Setiap hari, operasi perkhidmatan feri penumpang tersebut bermula seawal 6.00 pagi hingga 8.30 malam dengan kadar kekerapan pada waktu puncak 30 minit sekali.

Berbanding feri penumpang yang lama serta menjadi ikonik negeri, feri baharu Pulau Pinang adalah jenis katamaran dengan dilengkapi ciri-ciri tertentu seperti fungsi pusingan 360 darjah, perjalanan dwi hala tanpa perlu memusingkan fizikal feri, dilengkapi ‘ramp’ pada kedua-dua hala pintu keluar masuk, kamera litar tertutup (CCTV), sistem pencegahan kebakaran serta reka bentuk sejagat mesra pelbagai gender termasuk orang kurang upaya (OKU).

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : NOOR NABILAH NOORAZIS