SEBERANG PERAI – Kerajaan Negeri optimis program menambah nilai Seberang Perai mampu mentransformasikan pekan-pekan kecil di ketiga-tiga daerah Seberang Perai menjadi pusat pertumbuhan ekonomi kreatif dan pelancongan baharu.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa lima bandar atau pekan kecil di sepanjang Sungai Perai akan dijenamakan sebagai Kota Warisan Seberang Perai di bawah inisiatif tajaan Think City Sdn. Bhd. (Think City) serta sokongan dana penajaan Persekutuan.
“Kita (Kerajaan Negeri) mahu usaha ini membuahkan hasil dengan menjadikan kampung-kampung terlibat sebagai produk ekopelancongan mampan melalui penglibatan aktif komuniti setempat,” jelasnya semasa berucap dalam Majlis Peluncuran Kota Warisan Perai dekat Dewan Penempatan Mangsa Banjir dekat Kampung Lebuh Banting di sini pada 8 Februari 2026.
Buletin Mitiara difahamkan, program My Kampung Stay dicetuskan oleh firma NL Travels & Tours Sdn. Bhd. yang menerima sedikit geran pembiayaan daripada Think City Sdn. Bhd..
Pengerusi NL Group, Dato’ Sr. Dr. Muhamad Farid Saad memberitahu bahawa pihaknya mencetuskan idea Kampung Stay antara lain dengan tujuan menghidupkan semula Pesta Padi di Kapung Terus, di sini.
“Pihak ThinkCity telah menyediakan geran melalui Program Geran Pekan Seberang Perai di bawah program Levelling Up Seberang Perai atau LUSP.
“Pihak Koperasi Labuh Banting yang telah memberikan kerjasama erat dalam pembangunang Kampung Kota Warisan Perai sejak dari mula percambahan idea, pra-peluncuran dan hari ini Majlis Pelancaran.
“Tidak lupa juga kepada keempat-empat kampung yang terlibat dalam program kami iaitu Kampung Labuh Banting, Kampung Terus, dan Kampung Pengkalan Machang, Kampung Kota dan Kampung Air Itam Dalam,” jelasnya lagi.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN
Video : DARWINA MOHD. DAUD