BATU UBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang menyasarkan kira-kira satu tan sisa buangan elektronik melalui Kempen Pengumpulan Barangan Elektrik & Elektronik bersama Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan selama dua hari.

Menurut Penolong Pengarah Kanan JAS Pulau Pinang, Intan Arnieza Abdul Razak masyrakat harus peka barangan elektrik dan elektronik (e-waste) perlu dilupuskan secara betul bagi mengelakkan pencemaran sisa bahan tersebut.
“Untuk itu JAS membuat kutipan setiap bulan, pada Sabtu ketiga setiap bulan di lokasi-lokasi berlainan.
“Tetapi kali ini kita jalankan Kempen Pengumpulan Brangan Elektrik & Elektronik dengan USM, sebab baru ini hari raya kita sasarkan akan ada banyak barangan elektrik dan elektronik jadi kita boleh buat kutipan.

“Semalam kita sudah dapat 500 kilogram sehingga sekarang (12 tengah hari) difahamkan sudah capai satu tan seperti yang disasarkan,” ujarnya kepada Buletin Mutiara ketika ditemui dekat padang kawad USM di sini tengah hari tadi.
Tambahnya, untuk sisa elektrik dan elektronik tidak semua pihak dibenarkan untuk mengutip, sebaliknya perlu ada lesen khas.
Maka, tong sisa barangan tersebut tidak boleh diletakkan secara meluas seperti tong kitar semula dan sampah domestik.
“Lagi satu dalam barangan ini ada bahan-bahan berharga seprti kuprum, besi, zink dan sebaginya jadi yang boleh pengumpulan ini adalah syarikat dilesenkan JAS sahaja.
“Kalau buang sebarangan atau seperti buangan lain kita bimbang akan berlaku kecurian, kecuaian mengendali yang boleh akibatkan pencemaran dan sebagainya.
“Justeru, JAS gerakkan program dan kempen bagi memastikan masyakar sedar tentang melipuskan sisa e-waste ini dengan betul,” maklum beliau lagi.
Beliau dalam apa itu berharap rakyat negeri Pulau Pinang lebih cakna tentang buangan sisa e-waste di rumah agar gunakan mekanisme khusus bukan buang tong sampah secara terus.
Sisa e-waste turut tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pada kempen dua hari itu, pihaknya menyasarkan barangan seperti laptop, telefon bimbin, televisyen, penghawa dingin, mesin basuh dan peti sejuk.
Setiap pelupusan berpeluang menebus wang tunai sebgai ganjaran.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT