MBPP johan PBT Cemerlang (Bandaraya), anugerah KPKT

Admin
whatsapp image 2025 11 21 at 2.07.56 pm

PADANG KOTA – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) muncul sebagai johan PBT (pihak berkuasa tempatan) Cemerlang dalam Anugerah Kecemerlangan Menteri bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) minggu lalu.

c28b06c8 4c74 4550 8b2a 9328a1ee092b 2339e5b9 6570 4ee9 b9bd 6d3674e44b74

Jelas Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ir. A. Rajendran, pengiktirafan ini bukan sekadar sebuah trofi, malah ia adalah cerminan komitmen, kerja keras dan keazaman seluruh warga MBPP dalam mengangkat standard bandaraya ke tahap tertinggi.

Sempena kejayaan tersebut, MBPP telah membawa trofi kemenangan dan wang tunai sebanyak RM 15,000.

“Kejayaan ini juga membuktikan bahawa usaha-usaha berterusan MBPP selari dengan agenda nasional dan global, khususnya dalam pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), penerapan Environmental, Social; Governance (ESG), serta strategi Transformasi Digital yang memperkukuh kecekapan perkhidmatan bandaraya.

“Di bawah inisiatif penghijauan bandar, MBPP terus konsisten meningkatkan ruang hijau, memperluaskan program zero carbon, serta merangka dasar-dasar bandar rendah karbon demi memastikan Pulau Pinang kekal sebagai bandar berdaya huni, berdaya saing dan mampan untuk generasi akan datang.

“Dalam aspek penglibatan komuniti, kita percaya bahawa bandar yang maju bukan sahaja dibina melalui infrastruktur, tetapi melalui rakyat yang terlibat aktif. Pelbagai program kolaboratif, aktiviti komuniti, serta platform penyertaan awam telah membolehkan warga bandar menyumbang secara langsung kepada hala tuju pembangunan bandar,” ujarnya dalam satu sidang media sejurus selesai Mesyuarat Biasa Majlis Bilangan 11 Tahun 2025 di Dewan Bandaraya MBPP di sini pagi tadi.

Tambahnya, kejayaan ini turut disokong oleh pengurusan kewangan berhemat dan berintegriti, yang memastikan setiap sen dibelanjakan dengan penuh tanggungjawab, ketelusan dan memberi impak terbaik kepada masyarakat.

Pada majlis sama, Rajendran turut menyampaikan Anugerah Tandas Terbaik MBPP Tahun 2025.

1370e488 2096 48f7 a90f 665f6d8af6bd

Tandas Pasar Awam Air Itam muncul tandas terbaik menewaskan Tandas Awam Kompleks Teluk Bahang (kedua) dan Tandas Awam Persiaran Gurney (ketiga).

Johan membawa pulang trofi, wang tunai RM800 dan sijil manakala tempat kedua (RM600) dan ketiga (RM400).

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: LAW SUUN TING