BATU UBAN – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyediakan RM17 juta setahun bagi menggalakkan pertumbuhan syarikat berasaskan Integrated Circuit Design (IC Design).
Menurut Timbalan Menteri MITI, Sim Tze Tzin usaha tersebut diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) sebagai usaha bergerak ke arah sumber ekonomi baharu.
“Untuk itu kita (MITI) memulaan program MyChipStart akan bantu syarikat-syarikat yang bermula dengan IC Design.
“(Dan) syarikat IC Design di Malaysia ni tidak banyak, lebih kurang 20 ke 30 syarikat sahaja.
“Jadi ini bertujuan membantu mereka untuk rekacipta untuk membuat projek IC Design sehingga berjaya,“ ujarnya dalam satu sidang sejurus Majlis Pelancaran MyChipstart dekat Auditorium Murad Mohd. Noor, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini pagi tadi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif CREST System (M) Sdn. Bhd., Jafri Ibrahim; Penasihat Syarikat CREST System (M) Sdn. Bhd., Dato’ Seri Abdul Halim Hussain dan dif-dif jemputan lain.
Mengulas lanjut, Tze Tzin memberitahu dalam penghasilan cip IC Design sesebuah syarikat memerlukan modal yang agak besar melibatkan Electronic Design Automation (EDA) tools iaitu perisian khas yang digunakan oleh jurutera untuk mereka bentuk, menguji dan mengesahkan cip (IC) sebelum ia dihasilkan secara fizikal.
Selain itu, ia juga melibatkan perisian, tenaga pakar (jurutera) dan proses mencipta itu sendiri.
“Kita juga berhasrat membina satu model ekonomi baharuu melalui IC Design kerana suah tersekat agak lama sebelum ini sambil menawarkan peluang pekerjaan bernilai tinggi.
“Dari sini juga mungkin kita boleh mengubah daripada ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’,” katanya merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru.
Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar: SIEW CHIA EN