GEORGE TOWN – Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini sebulat suara bersetuju memperluas pemberian diskaun 5 peratus kepada semua pembeli bagi tujuan menangani masalah unit hartanah siap tak terjual (overhang properties).
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa diskaun tersebut diberikan dalam tempoh setahun di bawah program Kerajaan Persekutuan yang dikenali sebagai MADANI Ownership Campaign (MOC).
Selain itu, beliau yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi memberitahu bahawa diskaun pembelian hartanah tersebut terhad kepada pemaju yang mengambil bahagian sahaja serta berdaftar dengan agensi negeri, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP).
Tambah beliau, diskaun pembelian hartanah jenis perumahan itu juga tertumpu pada unit-unit dikenal pasti tidak terjual berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).
Menjawab soalan pemberita selepas itu, Kon Yeow memberitahu ketika ini direkodkan sejumlah 2,796 unit rumah siap tidak terjual di Pulau Pinang.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI
Video : ALISSALA THIAN