BUKIT TENGAH – Pulau Pinang melakar sejarah tersendiri apabila menjadi negeri pertama mewajibkan video keselamatan sebagai prosedur tetamu hotel.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa inisiatif Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan ‘Video Guest Fire Safety Awareness’ tersebut dilihat akan terus meletakkan Pulau Pinang sebagai mercu tanda pelancongan antarabangsa di Malaysia.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa serius dalam menangani isu keselamatan awam (yang mana) aspirasi kita jelas iaitu untuk menjadikan negeri ini bukan sahaja harmoni dan menarik untuk dilawati, tetapi juga destinasi yang diyakini selamat oleh setiap pengunjung agar Pulau Pinang terus kekal sebagai mercu tanda pelancongan antarabangsa,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan dalam majlis berkaitan di sini pada 29 September 2025.
Di samping itu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi memberitahu bahawa Pulau Pinang terus mencatatkan pencapaian membanggakan apabila menerima kehadiran seramai 8.2 pelancong pada tahun 2024, yang mana meningkat hampir 29 peratus berbanding tahun 2019.
Memetik data daripada JBPM, Kon Yeow menyatakan bahawa di Malaysia mendedahkan secara purata sejumlah 320 kes lemas setiap tahun, termasuk melibatkan pelancong serta aktiviti rekreasi air yang mana angka itu hampir tidak menunjukkan perubahan ketara sejak sekian lama.
Berucap sebelum itu, Pengarah JBPM Negeri, YS PKPjB Mohamad Shoki Hamzah antara lain berkata bahawa pada tahun 2024 direkodkan terdapat 16 kes mangsa lemas dan 2025 (tujuh kes) di seluruh negeri termasuk empat kes lemas di dalam kolam renang.
Turut serta, Exco Kerajaan Tempatan dan Perangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye yang juga ADUN Jawi.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SIEW CHIA EN
Video : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS