Zakat MAINPP taja asnaf sertai TVET

6204f6cf 6838 4460 9b01 ba357e224402

SEBERANG JAYA – Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) memperuntukkan RM3 juta menaja golongan asnaf di Pulau Pinang bagi mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurut Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, program tersebut adalah melalui Divisyen Projek Khas Berimpak Tinggi oleh Zakat MAINPP.

aa496ab8 4ee5 49dd 9b7d 1152c3d7c08d

“Saya berharap selepas tamat latihan mereka akan menempatkan diri dalam indutri pekerjaan berpendapatan tinggi atau mempunyai perniagaan sendiri seterusnya menjadi seorang muzakki (penyumbang zakat) kepada Zakat MAINPP untuk dimanfaatkan oleh golongan lain pula.

“Sejak tahun 2019, Zakat MAINPP telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Akademi Binaan Malaysia, Kulim Advanced

Technologies, Penang Skills Development Centre (PSDC) dan GRAB Malaysia bagi memberi peluang latihan kemahiran tinggi kepada para pelatih asnaf.

“Program seperti ini adalah bukti komitmen berterusan MAINPP melalui Divisyen Projek Khas dalam memastikan projek agihan zakat lebih lestari, berkesan, dan memberi impak besar kepada masyarakat. Kecekapan kutipan dan agihan zakat akan menghasilkan manfaat yang bukan sahaja memperkasa ekonomi umat Islam, malah membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat,” ujarnya dalam satu sidang media pada Majlis Pelancaran Usahawan Wanita Ummi Therapy dan Pelepasan Pelatih TVET Tajaan Zakat MAINPP di sebuah hotel dekat Seberang Jaya tengah hari tadi.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri, Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, Muhammad Kairi Ghazali dan dif-dif jemputan lain.

Terdahulu, seramai 40 terapis berjaya memperoleh lesen untuk menjalankan perniagaan dan jenama MyBeedan telah diperkasakan semula sebagai Ummi Therapy untuk dipasarkan secara lebih meluas dan profesional.

43c42196 b437 4dfe 8af5 6d72e79444d8

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP berharap kutipan zakat bagi tahun 2025 dapar ditingkatkan kepada RM200 juta agar program-program seumpama ini dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih luas.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD