ADUN tekad beri khidmat terbaik kepada rakyat

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

DATUK KERAMAT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo bertekad menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan berusaha mempertingkatkan keberkesanan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan berjanji akan terus mendokong prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dipegang oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008.

Katanya, adalah penting bagi Kerajaan Negeri untuk menggerakkan perubahan Pulau Pinang menjadi antara negeri terbaik dalam segala segi di Malaysia.

“Kini, Pulau Pinang berada di jalan yang betul dalam mengecapi kemajuan dan kejayaan hasil usaha gigih Kerajaan Negeri yang berganding bahu bersama-sama rakyat negeri ini.

“Saya percaya rakyat dapat melihat banyak perubahan positif di Pulau Pinang dalam semua aspek termasuk ekonomi, kebajikan, kemudahan awam, perumahan dan lain-lain demi manfaat semua,” ucapnya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Datuk Keramat dekat Lengkok Free School di sini baru-baru ini.

Hadir memeriahkan majlis tersebut, Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng serta beberapa barisan Exco dan ADUN serta pimpinan masyarakat.

Pada kesempatan itu, Jagdeep turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Selain ketupat, lemang dan rendang yang sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, turut dihidangkan adalah pelbagai jenis makanan popular negeri seperti roti jala, char kue teow, nasi tomato dan ayam masak merah.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);