Agenda Hijau Pulau Pinang ke arah melestarikan alam sekitar

GEORGE TOWN – Kelestarian alam sekitar begitu sinonim dengan masyarakat hari ini, malah, segelintir menganggapnya sebagai suatu tuntutan ketamadunan moden.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, masyarakat hari ini perlu lebih peka dalam melestarikan alam sekitar dan sumber alam semulajadi.

Beliau berkata, walaupun Kerajaan Negeri sentiasa memberi pendidikan awam dan melaksanakan pelbagai inisiatif hijau yang sewajarnya kepada umum, namun tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah secara semua.

“Kita (Kerajaan Negeri) tidak mahu melihat kelestarian alam sekitar sebagai sesuatu yang mewah, sebaliknya mahu menjadikan ia sebagai penggerak peluang-peluang ekonomi sedia ada.

“Rakyat, khasnya, perlu lebih sedar dan bertanggungjawab dalam semua perkara agar memberi kesan positif dalam usaha melestarikan alam sekitar.

“Lagipun, siapakah yang bakal menikmati faedah hasil kepedulian semua pihak?

Pastinya rakyat, saya, anda dan semua,” ucapnya ketika merasmikan Bengkel Agenda Hijau Pulau Pinang di Penang Institute (PI) di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow merangkap Naib Pengerusi Penang Green Council (PGC); Pengarah PGC yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agenda Hijau Pulau Pinang, Datuk Leong Yueh Kwong dan Naib Pengerusinya, Datuk Renji Sathiah serta Pengarah PI merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Turut serta, Pengurus Besar PGC, Thing Siew Shuen dan Penyelidik dari Universiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Dr. Jose Siri juga hadir.

Guan Eng yang juga Pengerusi PGC berkata, faktor-faktor seperti perubahan cuaca yang mendadak kini menjadi cabaran paling getir, malah mula menjadi krisis di beberapa buah negara apabila ia mengganggu aktiviti harian dan kegiatan ekonomi setempat.

“Data terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi menunjukkan suhu minimum di Pulau Pinang telah meningkat 1.5 darjah celsius sejak lebih 50 tahun lalu.

“Malah, rekod yang diperoleh juga menunjukkan setiap hari, setiap penduduk di Pulau Pinang membuang kira-kira 1.1 kilogram sampah menjadikan 1,700 hingga 1,800 tan (sampah) dibuang ke Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burong setiap hari.

“Oleh itu, sejak 2010, Kerajaan Negeri rancak melaksanakan pelbagai program berlandaskan visi ‘Bersih, Hijau, Sihat, Selamat dan Ceria’ sehingga hari ini.

“Selain itu, Kerajaan Negeri turut mensasarkan kadar kitar semula antara 32 hingga 40 peratus menjelang tahun 2020 nanti, sungguhpun kini Pulau Pinang telah mencatat sejarah dengan kadar (kitar semula) 32 peratus berbanding (kadar) nasional pada 10.5 peratus,” ujarnya yang berharap Bengkel Agenda Hijau Pulau Pinang dapat mencapai matlamat ke arah mewujudkan pengurusan alam sekitar yang lebih teratur.

Agenda Hijau Pulau Pinang merupakan panduan yang mengandungi strategi, pelan-pelan tindakan termasuk penunjuk kemampanan pembangunan bagi tempoh 2018 hingga 2030 mengikut Matlamat Pembangunan Lestari PBB (UNSDGs) yang diguna pakai sejurus Sidang Kemuncak Pembangunan Lestari PBB yang diadakan pada September 2015.


Kategori: Bahasa Malaysia, Hijau

Leave a Reply



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives