Anjur APMG bakal beri nilai tambah ekonomi kira-kira RM20 juta kepada Pulau Pinang – KM

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

GEORGE TOWN – Buat julung kalinya, Pulau Pinang bakal menganjurkan temasya sukan antarabangsa berprestij tinggi, Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) pada 7 hingga 15 September ini.

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng mengesahkan perkara itu pada Majlis Pelancaran Maskot dan Merchandising APMG Penang 2018 dan kiraan detik 200 hari menjelang penganjuran berkaitan.

Menurut Chong Eng, kali terakhir Pulau Pinang memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi kejohanan sukan besar adalah pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2000.

“Kali ini, kita akan menganjurkan kejohanan antarabangsa berprestij tinggi yang bukan sahaja penting dalam memupuk budaya bersukan, malah juga merupakan acara sukan Masters julung kali diadakan di Asia.

“Saya harap dengan penganjuran APMG 2018 ini, ia dapat membuktikan bahawa umur seseorang tidak harus dijadikan ukuran batasan untuk tidak bersukan,” katanya pada majlis sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada 19 Februari lalu.

Dalam pada itu, Guan Eng yang hadir menyempurnakan pelancaran tersebut percaya bahawa penganjuran temasya sukan tersebut pasti akan menjadi saat kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

“Tidak cukup dengan itu, kemasukan atlet dan peserta daripada 32 negara yang mengambil bahagian akan memberi nilai tambah ekonomi sekurang-kurangnya RM20 juta kepada Pulau Pinang, dan secara tidak langsung menyumbang kepada keuntungan terhadap industri pelancongan negeri, termasuk perhotelan, pengangkutan, penyajian makanan dan pusat membelibelah,” ujarnya.

Difahamkan, sebanyak 21 acara sukan bakal dipertandingkan, antaranya badminton, renang dan olahraga selain menyenaraikan acara tarian singa sebagai salah satu acara sukan yang dipertandingkan pada temasya APMG 2018.

Dalam majlis tersebut juga, maskot rasmi APMG 2018, CUN iaitu kucing comel berwarna kelabu turut diperkenalkan yang melambangkan Capable (berkebolehan), United (sepakat) dan Noble (mulia).

Penganjuran APMG 2018 disokong oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Malaysia Major Events (MME). Maklumat lanjut, sila layari https://www.apmg2018. com/.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives