Basuh basikal percuma, inisiatif sokong polisi bandar hijau

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

Gambar : MARK JAMES

 

KEBUN BUNGA – Demi menjadikan basikal sebagai mod pengangkutan di Pulau Pinang, perkhidmatan mencuci basikal secara percuma di Botanic Garden Pavilion dalam kawasan Parlimen Bukit Bendera disediakan kini.

Daripada tinjauan sebelum ini, Ahli Parlimennya, Zairil Khir Johari berkata, lebih 50 penunggang yang menggunakan trek berbukit tiap-tiap minggu di sini boleh mengambil kesempatan berkaitan bagi membersihkan basikal masingmasing secara percuma.

“Ini adalah inisiatif permulaan yang baik, para penunggang yang melalui trek berlumpur dapat menggunakan kemudahan mencuci basikal di sini.

“Kemudahan perlu cukup untuk membolehkan orang ramai menggunakan basikal sebagai mod pengangkutan,” ujarnya pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Mencuci Basikal Secara Percuma di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Chris Lee Chun Kit.

Perkhidmatan Mencuci Basikal Secara Percuma merupakan projek bersama Pejabat Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Jabatan Botani Pulau Pinang.

Menurut Zairil, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada Mei ini dijadualkan melancarkan projek perkongsian basikal dengan menyediakan 25 stesen berwajib di seluruh George Town.

“Orang ramai boleh menyewa basikal pada kadar minimum,” ujarnya sambil menyeru warga negeri untuk menyokong polisi ‘bandar hijau’ tersebut.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);