Bengkel Kejurulatihan (Pendidikan Alam Sekitar) kembali, 25 & 26 November!

“PENDIDIKAN Alam Sekitar diperlukan untuk meningkatkan kesedaran sivik dan sosial di kalangan kanak-kanak bagi membangunkan rakyat yang berpegang kepada nilai-nilai alam sekitar, yang prihatin, dan melindungi alam sekitar.” – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Feb 2017 Pemuliharaan alam sekitar dapat dicapai menerusi program pembangunan kapasiti iaitu penyampaian pengetahuan dan kemahiran yang tepat, serta sikap yang betul terhadap
alam sekitar.

Justeru itu, Penang Green Council (PGC) akan menganjurkan Bengkel Kejurulatihan (Pendidikan Alam Sekitar) kali ke-2 dalam
tahun ini.

Bengkel ini bertujuan untuk melatih sekumpulan bakal pendidik alam sekitar yang berpontensi untuk mengajar demi masa depan yang lebih mampan.

Penyertaan bengkel ini tidak memerlukan pemahaman profesional mengenai topik-topik alam sekitar.

Malah, yang pentingnya mereka berazam untuk membawa perubahan di kalangan masyarakat setempat, sekolah dan komuniti dari segi kesedaran alam sekitar.

Para peserta yang berjaya menghadiri bengkel ini dijangka dapat memahami 4 topik asas alam sekitar (perubahan iklim, air, sisa dan tenaga).

Bengkel ini juga akan merangkumi modul mengenai kecekapan pelatih di mana para peserta dilatih untuk menyampaikan kandungan
latihan mereka dengan impak yang tinggi.

Bengkel tersebut dijadualkan pada 25 & 26 November 2017 di Institut Pulau Pinang.

Pendaftaran dibuka kepada orang ramai (18 tahun ke atas) yang berminat dan bersemangat dalam pendidikan alam sekitar.

Yuran pendaftaran ialah RM250 termasuk manual latihan dan makanan.

Kadar promosi khas disediakan untuk mereka yang membuat pendaftaran awal ( sebelum/ pada 19 Oktober), secara berkumpulan atau golongan pelajar.

Sila hubungi Penang Green Council untuk maklumat lanjut: Tel: 04-2503321 / 3322 E-mel: [email protected] Cik Hoo / Cik Wong Fen Fen).