Exco percaya wanita boleh tampil ubah keadaan politik negara

P E N A N T I – Penganjuran Fiesta Sukan Komuniti d i h a r a p d a p a t mengeratkan lagi hubungan masyarakat di negeri ini, kata Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng.

Menurutnya, adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk terus menguatkan komuniti dan rakyat terutama golongan Hawa bersempena Sambutan Hari Wanita bulan ini.

“Wanita memainkan peranan yang sangat penting bukan sahaja kepada keluarga, malah juga untuk masyarakat, komuniti dan negara.

“Sambutan Hari Wanita sangat signifikan kerana pada 10 tahun lalu, kita (wanita) berani mengubah Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada ditadbir Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH).

“Saya juga percaya wanita boleh tampil ke hadapan untuk mengubah keadaan politik negara ini,” ucapnya pada Majlis Penutup Fiesta Sukan Komuniti dekat Kampung Mengkuang Titi di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin; Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin; ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen; Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Mohd. Ali Sebran; Ahli-ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) setempat.

Sebanyak RM25,000 telah disumbangkan oleh pejabat Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti bagi menjayakan program tersebut.

Pelbagai acara menarik turut dipertandingkan, antaranya tarik tali, bola sepak, mewarna, gubahan bunga dan banyak lagi.

Mengulas lanjut, Chong Eng yang juga ADUN Padang Lalang memberitahu, Kerajaan Negeri juga sedang merangka pelbagai usaha untuk mewujudkan komuniti yang menghormati sumbangan golongan wanita.

“Antaranya, dengan memperkenalkan dasar baru seperti pemberian sumbangan RM300 kepada ibu-ibu yang bekerja dan mempunyai anak berusia enam tahun dan ke bawah.

“Selain itu, dalam manifesto PH juga kita cadangkan agar wanita diberi caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), iaitu selain sumbangan daripada kerajaan, sebanyak dua peratus caruman suami akan disumbangkan kepada isteri supaya golongan wanita mempunyai simpanan pada umur persaraan mereka.

“Kita (PH) mahu bawa lebih banyak perubahan kepada Malaysia termasuk untuk golongan wanita dan ibu,” tegasnya.


Cateogry: ADUN

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives